PBB digesa bersiap sedia menjelang PRN13 Sarawak

SIBU – Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 yang memasuki tahun terakhir pada 2026 menjadikan tempoh berkenaan sebagai fasa penting buat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terutama cawangan Sibu dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13) Sarawak.

Naib Yang di-Pertua PBB Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, langkah persiapan perlu digerakkan lebih awal di semua peringkat parti memandangkan landskap politik negeri semakin memasuki fasa kritikal.

Menurut beliau, Perlembagaan Sarawak memperuntukkan PRN13 Sarawak perlu diadakan sebelum tamat penggal, iaitu selewat-lewatnya pada awal 2027 sekiranya tiada pembubaran DUN lebih awal.

“Namun, berdasarkan amalan dan pengalaman sebelum ini, parti lazimnya tidak menunggu sehingga tempoh penggal berakhir sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesra PBB Sibu yang berlangsung di Dewan LAKIS pada Ahad.

Dr Annuar yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I berkata, jentera parti perlu memperkemaskan perancangan dan gerak kerja agar segala persiapan pilihan raya dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Beliau turut mengingatkan kepentingan mendekati pengundi baharu, khususnya golongan berusia antara 18 hingga 28 tahun yang dikenal pasti sebagai kelompok terbesar serta berpotensi memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan parti.

“Masih terdapat segelintir dalam kalangan mereka yang belum menyedari kelayakan mengundi atau belum mendaftar sebagai pengundi. Oleh itu, ibu bapa, ahli keluarga serta masyarakat memainkan peranan bagi memberi pendedahan dan menggalakkan pendaftaran,” katanya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan membentangkan pindaan Akta Perkhidmatan Pos bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri kurier, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata, pindaan berkenaan dijangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu