Ketua Pembangkang Pahang perlu minta maaf, tuduh Laporan Ketua Audit Negara silap

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang mengecam keras kenyataan mempertikaikan atau membayangkan seolah-olah berlaku ‘kesilapan’ dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada sistem kenegaraan, laporan audit dikeluarkan Ketua Audit Negara adalah telus dan mempunyai integriti tinggi.

Ketua Penerangannya, Mustaqim Zakaria menegaskan, Ketua Audit Negara adalah institusi bebas yang dilantik Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, adalah sangat tidak wajar laporan berkenaan dipersoalkan secara sembrono demi kepentingan politik.

“Kenyataan (mempersoalkan) laporan itu seperti mencabar kewibawaan Ketua Audit Negara, malah boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap institusi pelantikan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Ini bukan soal perbezaan pandangan politik tapi soal prinsip, adab dan penghormatan terhadap institusi Raja serta institusi negara yang menjadi tonggak Perlembagaan,” tegasnya menerusi satu kenyataan media.

Pemuda UMNO Pahang mendesak Ketua Pembangkang Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menarik balik kenyataan dibuat ketika mencelah penggulungan Belanjawan Pahang 2026 oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Jumaat lalu.

“Beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kenyataan yang boleh mengelirukan serta menjejaskan kepercayaan terhadap institusi negara.

“Budaya politik tidak berlandaskan fakta dan tanggungjawab akan merosakkan keyakinan rakyat serta melemahkan sistem semak dan imbang negara.

“Politik murahan dengan menjadikan institusi negara sebagai sasar serangan adalah tindakan yang tidak boleh diterima dan mesti dihentikan,” katanya.

Related Posts

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills