Pahang ada rizab REE RM37.36 bilion

KUANTAN – Pahang memiliki rizab elemen nadir bumi (REE) dianggarkan berjumlah 1.4 juta tan, hasil kajian dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) antara tahun 2016 hingga 2020.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, data itu diperoleh dari laporan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang dan menjadi rujukan utama dalam merancang pembangunan industri pemprosesan REE di negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut, dianggarkan sebanyak 70 peratus kawasan berpotensi mengandungi REE berada dalam kawasan hutan simpan, manakala baki 30 peratus terletak di kawasan berstatus tanah milik dan tanah kerajaan.

“Hasil semakan pada 28 November lalu menunjukkan harga semasa bagi REE karbonat ialah AS$6,456.47 per tan metrik.

“Berdasarkan kadar tukaran AS$1 bersamaan RM4.1325, nilai tersebut dianggarkan berjumlah kira-kira RM37.36 bilion,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas–Cheka) mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menubuhkan Pahang REE Processing Hub yang dikawal dan dimiliki anak negeri, atau diserahkan sepenuhnya kepada syarikat luar seperti Lynas Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri melalui Pahang Mining Corporation sedang melaksanakan Kajian Potensi Rizab Mineral yang terperinci khususnya bagi mineral REE bagi mengenal pasti potensi serta jumlah rizab sebenar yang terdapat di negeri ini.

“Kerajaan negeri sudah meluluskan prosedur operasi standard perlombongan NR-REE dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada 18 Jun lalu,” katanya.

Selain itu, Mohamad Nizar memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang memberi tumpuan kepada pengoperasian perlombongan peringkat huluan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti perlombongan REE dapat dijalankan secara mampan serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Jelasnya, pengoperasian peringkat huluan ini penting bagi meyakinkan pelabur untuk melabur dalam pembangunan hub pemprosesan REE bagi peringkat pertengahan atau hiliran.

“Kerajaan negeri juga terbuka dan bersedia mempertimbangkan cadangan penubuhan hub pemprosesan REE di negeri Pahang, sama ada daripada syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri atau syarikat luar.

“Setakat ini, Jawatankuasa Pelaburan Negeri sudah mendengar beberapa pembentangan cadangan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa.

“Perkara itu masih dalam proses penilaian serta pertimbangan wajar oleh kerajaan negeri,” katanya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi