Palang Merah gesa semua pihak patuh undang-undang antarabangsa

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menggesa semua pihak berkaitan situasi di sempadan Thai-Kemboja supaya mematuhi kewajipan mereka mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sambil meminta supaya bertenang dan mengelakkan peningkatan ketegangan, ICRC berkata, kewajipan itu bertujuan mengehadkan kemudaratan kepada penduduk, khususnya mengelakkan kehilangan nyawa orang awam dan kerosakan terhadap harta benda awam termasuk infrastruktur penting.

“Mereka yang cedera mesti dibenarkan mendapatkan rawatan yang diperlukan,” menurut kenyataan malam tadi.

ICRC berkata, pihaknya akan meneruskan dialog sulit dengan kedua-dua pihak sambil memantau rapat kesan kemanusiaan akibat pertempuran yang berterusan.

“Kami bersedia menyokong Persatuan Palang Merah Kebangsaan dan agensi kerajaan berkaitan dalam menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terjejas,” katanya, lapor Bernama.

Gesaan itu supaya mengurangkan ketegangan itu dibuat susulan laporan mengenai pertempuran tentera yang tercetus semula.

Menurut laporan media antarabangsa, Thailand pada Isnin lalu melancarkan serangan udara di sepanjang sempadannya dengan Kemboja selepas pertempuran baharu tercetus.

Serangan udara ke atas kedudukan tentera Kemboja itu dipercayai dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap serangan awal pagi yang mengakibatkan korban di pihak Thailand.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan