Speaker DUN Sabah sahkan kemuka notis kekosongan kerusi Lamag kepada SPR

KOTA KINABALU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, mengesahkan bahawa telah mengemukakan notis kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah.

Kadzim berkata, tindakan itu dibuat selaras dengan Perkara 21(5) Perlembagaan Negeri Sabah. 

“Notis berkenaan dikemukakan secara rasmi kepada Pengarah SPR Sabah pada 9 Disember.

“Pihak DUN Sabah menyerahkan kepada SPR Sabah untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa. 

Beliau berkata, kekosongan luar jangka itu berlaku susulan pemergian Datuk Moktar Radin, ADUN Lamag, yang meninggal dunia pada Jumaat, 5 Disember lalu.

Kadzim turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan menyatakan rasa dukacita atas kehilangan tersebut.

Beliau dalam kenyataan itu turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills