Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, kebimbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan kedudukan kewangan Negeri Pahang berada pada tahap membimbangkan adalah tidak berasas.

“Untuk makluman YB Cheka, kita di Pahang ini ada RM500 juta ‘reserve’ bermula pada 2018.

“Jadi kalau boleh saya nak tahu sumber mana yang YB ADUN Cheka cakap yang bimbang itulah, semakin berkurangan, duit tak ada, dan sebagainya.

“Setakat setelah lapan tahun takdir Allah saya menjadi Menteri Besar, setakat ini kita tak pernah nak bayar gaji pun tak boleh. Semuanya kita berjalan dengan lancar.

“Apa yang kita buat, yang kita bentangkan dalam bajet, semuanya kita buat.

“Boleh tak tunjuk kepada saya… ada tak yang pemberian kepada anak-anak kita yang belajar di IPTA sebanyak RM400 secara ‘one-off’ kita tak bayar sebab kita tak ada duit.

“Tak pernah berlaku pun. Jadi tiba-tiba pada kali ini pula dibangkitkan kebimbangan dan sebagainya,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menerima pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara apabila Penyata Kewangan Tahun 2024 diberi Pendapat Tanpa Teguran.

“Negeri Pahang ini mendapat teguran audit – tanpa teguran, bermakna semua yang kita buat itu berjalan dengan baik.

“Bahasa mudahnya setiap sen ‘in and out’, debit, kredit, prabaya, terakru, semuanya berjalan dengan baik dan tidak ada satu benda pun yang nampak kita menyorok sesuatu.

“Jadi kalau dah Ketua Audit Negara, kalau kita dah lebih dari Ketua Audit Negara tak tahulah pula.

“Tetapi saya ingat lebih baik YB Cheka melihat dululah (fakta),” katanya.

Wan Rosdy turut mengingatkan Tuan Ibrahim untuk lebih peka serta membuat rujukan terhadap sesuatu isu yang ingin dibangkitkan.

“Jangan jadi macam hari tu pada sidang (DUN) penggal lepas… mencadangkan kepada kerajaan negeri bagi RM2 juta untuk Tabung Bencana.

“Padahal kerajaan negeri dah bagi RM10 juta.

“Maknanya kalau ADUN Cheka peka terhadap perkara itu, membuat bacaan, rujukan dan sebagainya saya fikir ADUN Cheka tak akan mengeluarkan cadangan begitu,” katanya.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mendakwa kedudukan kewangan negeri Pahang berada pada tahap membimbangkan ketika pada sidang perbahasan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James