80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad Datu kepada penduduk.  

Ketua Cabangnya, Romansa Lamin berkata, sumbangan itu susulan janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah baru-baru ini.

“Saya telah turun bertemu penduduk di Kg. Ulu Segama dan mendengar sendiri keluhan mengenai masalah bekalan air yang telah lama menjejaskan kehidupan seharian mereka.

“Saya berjanji ketika itu bahawa usaha akan dilakukan untuk membantu meringankan beban ini,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Romansa, isu bekalan air itu bukan sahaja menyukarkan urusan rumah tangga seperti memasak, mencuci serta mandi, malah turut memberi tekanan kepada warga kampung yang terpaksa mencari alternatif setiap hari untuk mendapatkan air bersih.

Justeru, janji yang tertunai itu sebagai usaha jangka masa pendek dengan penyediaan keperluan asas sementara menunggu penyelesaian jangka panjang isu bekalan air yang dihadapi.

“Saya berharap sumbangan ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan meningkatkan kualiti kehidupan komuniti di Kg. Ulu Segama.

“Perjuangan kita belum selesai, saya akan terus berusaha untuk memastikan isu kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” ujarnya.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis