MCA tidak minat sertai PN

KUALA LUMPUR – MCA menolak kemungkinan menyertai Perikatan Nasional (PN) yang turut dinaungi parti Pas, kerana masyarakat Cina sukar menerima ideologi parti itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tindakan segelintir pemimpin Pas yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi, sekali gus menyerlahkan konservatisme agama dan menyinggung perasaan penganut agama lain menyebabkan parti bukan Islam tidak sehaluan dengan PN.

Mengulas lanjut katanya, keadaan itu mungkin berbeza jika Pas membuat pembaharuan dalam partinya dengan menggunakan pendekatan lebih sederhana dan diterima masyarakat majmuk.

“Ada yang mencadangkan supaya kita menyertai gabungan pembangkang, PN tetapi kita amat jelas bahawa masyarakat Cina sekian lama tidak mempunyai pandangan positif terhadap Pas, malah menolak parti itu,” katanya, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa MCA dan sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC ‘merajuk’ dan ingin meninggalkan gabungan itu.

Sehingga kini hanya perwakilan MIC yang sebulat suara bersetuju untuk meluluskan dua usul keluar BN, namun perkara itu hanya akan diputuskan selepas ketetapan daripada Jawatankuasa Kerja Pusat.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, sentimen penolakan masyarakat bukan Islam terhadap Pas semakin mendalam selepas parti itu menamatkan kerjasama dan memutuskan hubungan sepenuhnya dengan DAP, kira-kira 10 tahun lalu.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai