Penahanan Ahli Parlimen: PN Kedah tunggu maklumat lengkap dari SPRM

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) Kedah masih menunggu maklumat lengkap berhubung penahanan seorang Ahli Parlimen di negeri ini yang dikaitkan dengan gabungan itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Khamis.

Penahanan itu bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri, susulan siasatan yang dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot.

Menurut Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, beliau setakat ini mengetahui perkara tersebut melalui laporan media sahaja.

“Saya belum menerima apa-apa maklumat terperinci. Setakat ini saya hanya melihatnya menerusi berita. Kita belum buat keputusan apa-apa lagi.

“Sebarang tindakan akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Langkawi tersebut, PN Kedah akan melihat perkembangan siasatan dengan lebih teliti sebelum membuat sebarang pendirian.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi PN Kedah mengesahkan beliau turut belum menerima taklimat penuh mengenai penahanan Ahli Parlimen berkenaan.

Ditanya sama ada kes itu membabitkan pentadbiran kerajaan lalu, Sanusi berkata, perkara itu akan disemak terlebih dahulu.

Terdahulu media melaporkan, seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri.

Menurut sumber, kertas siasatan telah dibuka susulan aduan yang diterima pada 10 Februari 2025.

“Siasatan berkaitan kes ini telah dijalankan dan melibatkan seramai 15 orang saksi yang telah dirakam percakapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Posts

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

PROKLAMASI berkaitan pelucutan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bercanggah dengan adat dan undang-undang negeri, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu Malaysia-India perkukuh sinergi E&E, semikonduktor

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dan India memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi memperluas kerjasama ekonomi bernilai tinggi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang