397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

TAWAU – Seramai 397 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan dipindah ke Indonesia melalui Terminal Feri Tawau, pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua mereka dikeluarkan Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang sah untuk melayakkan diri mengikuti proses pemindahan tahanan asing ke negara asal.

Beliau berkata, pemindahan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) itu melibatkan pemindahan tahanan warganegara Indonesia daripada Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan.

“Kesemua tahanan terdiri daripada 286 orang lelaki, 76 wanita, 31 orang kanak-kanak berur 12 tahun ke bawah dan empat kanak-kanak 23 bulan ke bawah.

“Purata umur tahanan adalah 3 hari sehingga 78 tahun dan kanak-kanak yang menyertai program pemindahan ini diiringi oleh ibu bapa serta penjaga masing-masing,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Menurut Sitti Saleha, pemindahan itu turut menjadikan jumlah keseluruhan PATI di bawah program pemindahan tahanan asing ke negara asal daripada Negeri Sabah iaitu seramai 10,212 orang.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar majikan di Sabah memastikan pekerja asing memiliki dokumen sah dan jaminan bekerja bagi mengekang lambakan PATI di negeri ini.

“JIM Sabah akan terus komited dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana majikan yang melindungi pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

“Majikan boleh dikenakan hukuman berat mengikut Akta Imigresen 1959/63,
termasuk denda sehingga RM50,000, hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan bersubahat atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI),” ujarnya.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy