Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah 4 pertuduhan terima rasuah

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan rasuah lebih RM170,000, sejak tiga tahun lalu.

Shamsul Iskandar, 51, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Tidak mengaku bersalah, mohon dibicara,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Shamsul sebagai ejen kerajaan iaitu Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri didakwa bersetuju menerima suapan RM100,000 daripada ahli perniagaan, Tei Jiann Cheing atau Albert Tei sebagai dorongan membantu syarikat lelaki itu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, pada 24 November 2023.

Bagi pertuduhan menerima rasuah, tertuduh didakwa telah memperoleh untuk dirinya sendiri satu suapan, iaitu wang tunai RM40,000 daripada individu sama dan sebagai dorongan yang sama.

Sementara untuk dua lagi pertuduhan, tertuduh atas jawatan yang sama telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan, iaitu kelengkapan perabot dan barangan elektrik masing-masing bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 daripada individu sama dan sebagai dorongan yang sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya di sini dan Presint 14, Putrajaya antara 7 Disember 2023 dan 5 Mac 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Ezlin Yusop Khan yang mengendalikan kes mencadangkan jaminan RM300,000 selain beberapa syarat tambahan seperti pasport diserahkan kepada mahkamah, lapor diri di Ibu Pejabat SPRM setiap bulan dan tidak mengganggu saksi.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Amer Hamzah Arshad bagaimanapun membantah cadangan jumlah jaminan itu yang disifatkan melampau kerana jaminan sebagai memastikan kehadiran ke mahkamah bukan satu bentuk hukuman.

Selain Amer Hamzah, tertuduh turut diwakili peguam Yusmadi Yusoff dan Joshua Tay.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan dua penjamin warga Malaysia selain diarah melaporkan diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Januari 2026.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun