Mbappe sumbat 2 gol, bantu Real atasi Bilbao

REAL Madrid menamatkan kemarau kemenangan mereka dalam LaLiga selepas Kylian Mbappe mempamerkan persembahan cemerlang dengan dua jaringan untuk membawa pasukannya menewaskan Athletic Bilbao 3-0 awal pagi tadi.

Mbappe membuka jaringan pada minit ketujuh hasil gerakan solo dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan cantik ke penjuru atas gawang.

Eduardo Camavinga menambah jaringan di babak pertama selepas menanduk hantaran lintang Trent Alexander-Arnold.

Gol ketiga Madrid disempurnakan Mbappe pada minit ke-59.

Kemenangan itu mengekalkan Real Madrid di tangga kedua dengan 36 mata daripada 15 perlawanan, satu mata di belakang pendahulu Barcelona, sekali gus menamatkan siri tiga perlawanan tanpa kemenangan mereka dalam liga.

Pengendali Real, Xabi Alonso, menyifatkan kemenangan itu sebagai penting untuk memulihkan momentum pasukan.

“Ia perlawanan penting kerana kami mahu menamatkan badi negatif. Pasukan bersedia dan bermain dengan tenang, ia perlawanan paling lengkap kami setakat ini di stadium yang mencabar. Sekarang kami perlu teruskan usaha,” katanya.

Related Posts

Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

TUAN rumah bersama, Kanada meraih gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Afrika Selatan 1-0 di pusingan 32, sekali gus muncul pasukan pertama mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

ENGLAND mengalahkan Panama 2-0 untuk muncul juara Kumpulan L Piala Dunia, hasil jaringan Jude Bellingham dan Harry Kane di babak kedua, pagi ini. Bellingham memecah kebuntuan pada pertengahan babak kedua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah