Zahid sedia jumpa Samsuri bincang isu FELDA, FGV

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung isu notis amaran dikeluarkan kerajaan negeri ke atas lot ladang milik FELDA dan FGV Holdings Berhad (FGV).

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, isu itu wajar dibincangkan memandangkan FELDA berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, sekali gus menjadi bidang tanggungjawabnya untuk menangani sebarang permasalahan dihadapi agensi terbabit.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Besar Terengganu mengenai perkara itu.

“Tidak ada isu yang tidak boleh diselesaikan… yang penting ialah kepentingan mereka, yang juga rakyat Terengganu, dan rakyat negara kita,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Cyberjaya Conversations Summit 2025 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, FELDA dan FGV semalam memaklumkan dalam kenyataan bersama bahawa mereka sedang menjalankan proses semakan menyeluruh ke atas semua dokumen berkaitan bagi menyelesaikan isu notis amaran dikeluarkan kerajaan Terengganu ke atas lot ladang milik agensi itu dan anak syarikatnya.

FELDA dan FGV menjelaskan, proses semakan itu merangkumi sejarah, rekod pembayaran, bayaran premium tanah, status hak milik serta syarat-syarat pembangunan ladang.

Langkah itu diambil susulan notis amaran pendudukan secara tidak sah atau kesalahan menceroboh yang dikeluarkan ke atas ladang-ladang FELDA dan FGV di daerah Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman pada 30 November, 1 Disember dan 2 Disember.

FELDA dan FGV menegaskan notis amaran itu tidak menjejaskan operasi ladang peneroka dan komuniti peneroka di Wilayah Terengganu, yang boleh meneruskan aktiviti sara hidup seperti biasa.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET