Tiga menteri sambung perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara

TIGA menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua, sekali gus menyambung perkhidmatan mereka dalam pentadbiran kerajaan.

Mereka ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Upacara mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Pelantikan semula mereka yang kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 3 Disember 2022, berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Disember 2028.

Dalam ucapannya, Awang Bemee berkata, beliau berharap ketiga-tiga senator itu dapat menjalankan tugas dengan berkaliber jika terus diberikan amanah dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga menjelaskan, pelantikan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 2 Disember 2028 selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Bagi pihak Dewan yang mulia ini, tahniah kepada tiga Senator yang kembali ke Dewan Negara dan selamat berkhidmat semula. Jika terus diberikan amanah dalam pentadbiran, maka jalankan tugas dengan berkaliber dan memantapkan peranan Senator dalam Dewan ini,” katanya.

Related Posts

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama enam wakil institusi pondok terpilih bagi program Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI) di pejabatnya di Putrajaya, sebagai usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

MUAR – Sebuah lagi kapal Malaysia yang membawa bahan api dan berjaya melalui Selat Hormuz dijangka tiba selewat-lewatnya hujung minggu ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Pelantikan 14 hakim: Azalina minta tunggu istiadat di Istana Negara

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Fitnah larangan takbir: MP Jasin, Harakah diarah bayar RM15,000 kepada menteri

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber