SPRM teruskan siasatan, Shamsul Iskandar dijadualkan hadir petang ini

DATUK Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dijangka hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini bagi melengkapkan proses merakam keterangan berhubung dakwaan melibatkan ahli perniagaan, Albert Tei.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Menurut maklumat yang diperoleh BH, Shamsul Iskandar sebenarnya dijadualkan menghadiri sesi berkenaan semalam, namun mempunyai urusan rasmi di Sabah dan tidak sempat kembali ke Putrajaya.

Beliau merupakan seorang daripada tiga individu yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berkait klip video perbualan antara seorang wanita dan Albert. Wanita tersebut, dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, sudah hadir di Ibu Pejabat SPRM pada jam 2 petang semalam dan sehingga jam 8 malam, proses merakam keterangannya masih berlangsung.

Albert pula dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada Isnin ini bagi tujuan sama.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan Tei bahawa beliau menyerahkan RM629,000 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu selepas diyakinkan bahawa wang yang disalurkan kepada beberapa ahli politik di Sabah dapat diperoleh semula.

Turut tular ialah tangkap layar perbualan WhatsApp serta beberapa gambar yang dikatakan menjadi bukti menyokong dakwaan tersebut.

Kelmarin, Shamsul Iskandar mengesahkan beliau telah menyampaikan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan “percubaan menyerang dirinya dengan perkara yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI”.

Related Posts

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

PROKLAMASI berkaitan pelucutan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bercanggah dengan adat dan undang-undang negeri, kata Pakar Undang-Undang, Prof Emeritus Datuk Noor Aziah Mohd Awal. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu Malaysia-India perkukuh sinergi E&E, semikonduktor

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dan India memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi memperluas kerjasama ekonomi bernilai tinggi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang