Dua individu ditahan terbabit kes penipuan dalam talian di Saratok

SARATOK — Polis menahan dua individu tempatan dalam dua insiden berasingan melibatkan penipuan dalam talian, dengan jumlah kerugian keseluruhan melebihi RM27,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, tangkapan pertama dilakukan oleh anggota Balai Saratok pada jam 12.12 tengah hari selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun, Chong Wei Shen, dari Kuala Lumpur yang menjadi mangsa ‘phone scam’.

Mangsa mendakwa kehilangan RM23,511 yang dipindahkan ke akaun e-Wallet Touch ‘n Go milik seorang wanita tempatan berusia 23 tahun.

“Suspek wanita itu mendakwa dia tidak mengetahui langsung tentang transaksi tersebut dan hanya digunakan sebagai pemilik akaun. Namun begitu, polis percaya akaun berkenaan telah dijadikan mule bagi kegiatan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes berasingan, anggota Balai Kabong menahan seorang lelaki berusia 33 tahun pada jam 2.14 petang kerana disyaki terlibat dalam penipuan pinjaman tidak wujud yang menyebabkan kerugian RM3,520.80.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut mempunyai empat laporan terdahulu melibatkan kes sama di Rantau Panjang, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Bandar Sunway pada tahun 2022, berdasarkan semakan rekod IPRS dan CCIS,” ujarnya.

Kedua-dua suspek memberikan alasan sama, iaitu akaun bank mereka kononnya dibuka untuk menerima bantuan kerajaan atau bantuan sekolah, namun akhirnya digunakan pihak tertentu bagi kegiatan penipuan.

DSP Mathew memaklumkan bahawa kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah pada 22 Disember 2025 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali menyerahkan akaun bank atau e-Wallet kepada orang lain, kerana tindakan itu boleh mendedahkan mereka kepada risiko penyalahgunaan dalam aktiviti jenayah.

Related Posts

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan telah menarik sijil halal bagi dua syarikat yang mengusahakan makanan di daerah ini berkuat kuasa serta-merta. Syarikat yang dinamakan adalah GoodFood Industries…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di sini. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka