
KALABAKAN – Persiapan hari pengundian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri ke-17 (PRN17) Sabah bagi empat DUN di Parlimen Kalabakan pada Sabtu (esok) berjalan lancar.
Empat DUN berkenaan adalah DUN Kukusan, DUN Tanjung Batu, DUN Merotai dan DUN Sebatik.
Tinjauan wartawan The Malaysia Press di Pusat Penjumlahan Undi SJK (C) Yuk Chin mendapati petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan semakan isi peti undi.
Semakan berkenaan dilakukan bagi memastikan peralatan hari mengundi mencukupi dan semakan buku daftar pemilih dilengkapkan.

Dalam pada itu, SPR juga menyediakan sebanyak 81 unit kerusi roda untuk kemudahan pemilih iaitu 27 unit DUN Merotai, DUN Sebatik (24 unit) dan masing-masing 15 unit di DUN Kukusan serta DUN Tanjung Batu.
Kesemua 28 pusat mengundi dengan 155 saluran akan dibuka dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang Jumaat.
Untuk rekod, seramai 17,762 pengundi biasa layak memilih di Kukusan, Merotai (25,618 orang), Tanjung Batu (27,428 orang) dan Sebatik (16,309 orang) pada Sabtu.






