Lawatan penanda aras SADA ke Miri perkasa perancangan bandar pintar Sri Aman

MIRI – Sri Aman Development Agency (SADA) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Miri City Council (MCC) dan Piasau Nature Reserve (PNR) baru-baru ini bagi menimba dan mendapatkan pelbagai maklumat baharu berkaitan pengurusan aset pelancongan, pembangunan kraftangan serta inisiatif bandar pintar.

Lawatan tersebut telah memberi peluang kepada delegasi bagi memahami dengan lebih dekat amalan terbaik MCC dalam pengurusan aset pelancongan dan perancangan bandar pintar yang sedang diterapkan di Miri.

Residen Bahagian Sri Aman merangkap Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA, Mahra Salleh berkata, beliau berharap agar pengalaman yang diperoleh hasil lawatan itu mampu membantu SADA merangka model pengurusan aset pelancongan yang lebih tersusun serta memperkukuh pelaksanaan projek dan pembangunan di Bahagian Sri Aman.

“Kerjasama erat antara SADA dengan agensi yang terlibat termasuklah Sarawak Forestry Corporation (SFC), dan MCC diyakini mampu membantu memperkukuh strategi pembangunan pelancongan khususnya di Sri Aman,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Karim menyifatkan lawatan berkenaan sebagai salah satu nilai tambah penting dalam memperhalusi perancangan projek pembangunan di Bahagian Sri Aman.

Beliau berkata, pengalaman dan pembelajaran daripada MCC dan SFC akan membantu meningkatkan keupayaan agensi pelaksana serta memastikan setiap projek dapat dilaksanakan secara teratur, lestari dan memberi impak tinggi.

Terdahulu, lawatan anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dengan kerjasama Sekretariat SADA itu turut disertai oleh Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang; Pegawai Daerah Pantu, Raca Mulong; Setiausaha MDSA, Mohd Rizal Zakaria; wakil Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; dan pihak Majlis Daerah Lubok Antu.

Pada hari pertama, dua sesi perkongsian telah diadakan yang melibatkan inisiatif bandar pintar serta pengurusan Miri Handicraft Centre sebelum delegasi dibawa melawat Miri Smart City Command Centre, ruang bumbung MCC dan pusat kraftangan berkenaan.

Manakala pada hari kedua, delegasi meneruskan lawatan ke Piasau Nature Reserve (PNR), dan telah didedahkan mengenai pengurusan Totally Protected Areas (TPAs) serta usaha konservasi hidupan liar yang dilaksanakan oleh SFC.

Antara pengisian ialah taklimat mengenai peranan SFC, perkongsian berkaitan konservasi hidupan liar, pelan pengurusan aset dalam kawasan TPAs, selain lawatan ke Piasau Nature Reserve Interpretation Centre dan Rumah 58, pusat konservasi burung enggang.

Related Posts

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

KANGAR – Lautan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek stadium mencuri tumpuan pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri Perlis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak