Arsenal kekal rekod sempurna, tewaskan Bayern 3-1

ARSENAL menundukkan Bayern Munich 3-1 dalam pertembungan antara pendahulu liga England dan Jerman, awal pagi tadi untuk mengekalkan rekod sempurna dalam Liga Juara-Juara musim ini.

The Gunners menguasai separuh masa kedua selepas pemain berusia 17 tahun, Lennart Karl menyamakan kedudukan buat kelab Bundesliga itu, sebelum Noni Madueke mengembalikan pendahuluan Arsenal dan Gabriel Martinelli memanfaatkan kesilapan besar Manuel Neuer.

Bayern memulakan aksi di Stadium Emirates selaku pendahulu Liga Juara-Juara, berada di depan Arsenal menerusi perbezaan jaringan, dengan kedua-dua pasukan menang empat perlawanan terdahulu.

Namun The Gunners mendahului pada minit ke-22 apabila Jurrien Timber menanduk masuk sepakan penjuru Bukayo Saka, dengan Neuer gagal menghalang bola.

Jaringan itu menyerlahkan ketajaman berterusan Arsenal menerusi situasi bola mati.

Eberechi Eze, yang menjaringkan hatrik ketika menang 4-1 ke atas Tottenham Ahad lalu, berpeluang melebarkan kedudukan tetapi rembatan leretnya tersasar.

Arsenal kelihatan selesa, namun Bayern kembali dalam permainan sekelip mata pada minit ke-32 menerusi sentuhan Karl.

Joshua Kimmich melakukan hantaran silang jauh yang disambut sekali sentuhan oleh bekas pemain Arsenal, Serge Gnabry, sebelum Karl menyudahkan dengan tenang menewaskan David Raya.

Namun tekanan Arsenal akhirnya membuahkan hasil dengan berbaki lebih 20 minit apabila pertahanan Bayern, Dayot Upamecano melakukan hantaran lemah yang disambar pemain gantian Riccardo Calafiori di sebelah kiri.

Calafiori melakukan hantaran silang dan rakan gantian Madueke menampan bola masuk.

Bayern sekali lagi dihukum apabila Eze melambungkan bola jauh ke hadapan, dengan Neuer sudah berada jauh di luar kawasannya.

Sentuhan pertama Martinelli melepasi Neuer yang terkandas dan dia mudah menyudahkan peluang itu ke gawang terbuka.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai