Pengundi awal puji SPR, seru orang ramai keluar mengundi 29 November ini

KOTA KINABALU – Pengundi awal yang selesai menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di DUN Api-Api menyeru masyarakat awam untuk keluar mengundi pada 29 November ini.

Pegawai Polis Marin, Asisten Superintenden Jaidee Kasmin, 46, berkata, hak mengundi tidak harus dipandang ringan kerana ia menentukan masa depan kawasan dan negeri untuk lima tahun akan datang.

“Saya datang tadi sekitar jam 8 pagi agar tak ramai orang. Lagipun selepas ini saya perlu masuk ke pejabat di IPD Tenom. Walaupun saya bertugas di sana namun saya mengundi di kawasan ini kerana ini lokaliti tempat saya tinggal.

“Kami sudah menunaikan tanggungjawab lebih awal dan berharap pengundi lain juga akan keluar mengundi tanpa rasa takut atau ragu. Mengundi adalah suara kita.

“Nasihat saya, cuba ambil masa luangan waktu, ambil kesempatan khas unfuk mengundi. Sebab ini akan menentukan nasib khususnya di Sabah. Keluarlah mengundi nanti,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Pusat Mengundi Awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pada Selasa.

Sementara itu, Brandon Ling Jing Jie, 30, memuji proses mengundi awal berjalan lancar dan teratur, mencerminkan kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan kelancaran PRN pada kali ini.

Katanya, setiap undi membawa makna besar kepada pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUNl, terutama dalam memastikan wakil rakyat yang dipilih benar-benar membawa isu rakyat ke peringkat negeri.

“Ambil masa undi pun tak lama, dalam masa dua minit begitu sudah selesai proses dan saya dah boleh keluar dari pusat mengundi.

“Mengundi itu penting kerana itu tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Kita mesti mahu pilih apa yang ada dalam hati kita pilihlah untuk kemajuan kita dan masyarakat,” katanya.

Proses pengundian awal bagi PRN17 Sabah membabitkan 29 anggota dan pasangan di IPD Kota Kinabalu berjalan dengan lancar meskipun cuaca mendung sejak pagi.

Berdasarkan tinjauan, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba sekitar jam 6:30 pagi bagi membuat persiapan sebelum pusat mengundi awal dibuka.

Walaupun saluran mengundi dibuka bermula jam 8 pagi namun ramai anggota tentera bersama pasangan mula tiba di pusat mengundi seawal jam 7 pagi.

Seramai 24,426 pengundi awal dijadualkan turun mengundi hari ini di seluruh Sabah dengan 11,697 daripadanya adalah anggota tentera dan pasangan manakala 12,279 polis dan pasangan.

Related Posts

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

KUALA LUMPUR- Pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa memerlukan sistem yang telus serta kepimpinan yang tegas, bukan sekadar bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menentukan pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menerajui suruhanjaya itu. Baginda bertitah, kedudukan berkenaan amat signifikan dalam memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik