Shah Alam hampir lumpuh, beberapa laluan ditutup akibat banjir

BEBERAPA laluan di sekitar bandar Shah Alam ditutup sepenuhnya berikutan kenaikan paras air dan tidak selamat untuk dilalui.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataan berkata, berikutan hujan lebat di Shah Alam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menutup sepenuhnya jalan berkenaan akibat kenaikan paras air.

“Jalan berkenaan adalah di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif bagi tujuan keselamatan,” katanya.

Terdahulu, MBSA turut memaklumkan, beberapa kawasan dinaiki air antaranya, Taman Desa Kemuning, Seksyen 35, Kampung Budiman, Seksyen U14, Kampung Kubu Gajah, Seksyen U17, Giant, Seksyen 13, Taman Sri Lembayung, Seksyen 25, Jalan Opera, Seksyen U2, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19, Jalan Mat Raji, dan Padang Jawa Seksyen 16.

Ini termasuk Jalan Mantap 25/126, Jalan Sentosa 25/129, serta Persiaran Budiman di Seksyen 25 dan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23.

Selain Shah Alam, beberapa kawasan di Klang turut dinaiki air antaranya Kampung Delek, Kapar serta Meru.

Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di empat daerah yang menempatkan 110 mangsa dari 30 keluarga.

PPS berkenaan adalah Dewan Sri Sekinchan dan Dewan Sri Bernam (Sabak Bernam), Pusat Perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat serta yang terbaharu di Masjid Al Falah Kampung Budiman Shah Alam.

Related Posts

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

BAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai di Kampung Segubang, petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

KUCHING – Polis Sarawak menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah di sekitar Kuching dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.8 juta. Kejayaan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane