Sarawak perkasa bantuan khas pendidikan – Abang Johari

KUCHING – Sarawak terus meluaskan sokongan kepada pelajar melalui pelbagai bentuk bantuan khas yang dirangka bagi memastikan akses pendidikan lebih adil, berkualiti dan tidak membebankan keluarga berpendapatan rendah serta sederhana.

Antara inisiatif utama di bawah Belanjawan Sarawak 2026 ialah pemberian tuisyen percuma, bantuan komputer riba percuma, baucar buku percuma, serta beberapa bentuk sokongan kewangan lain yang menjadikan Sarawak antara negeri paling progresif dalam menyediakan bantuan pendidikan.

Tuisyen percuma untuk pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5

Di bawah Sarawak Education Enhancement Programme (SEEP), kerajaan menyediakan kelas tuisyen percuma bagi lapan subjek teras SPM, termasuk Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris dan subjek sains tulen.

Program ini memberi manfaat kepada kira-kira 63,000 pelajar dari 185 sekolah seluruh negeri dan bertujuan meningkatkan keputusan SPM serta mengurangkan jurang pencapaian.

Komputer riba percuma kepada pelajar B40/M40 

Kerajaan turut meneruskan Bantuan Komputer Riba Percuma, yang disalurkan secara langsung melalui aplikasi S Pay Global.

Inisiatif ini memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah mempunyai peralatan asas untuk pembelajaran digital dan akses kepada sumber pembelajaran moden.

Baucar buku percuma

Selain itu, Sarawak mengekalkan baucar buku percuma untuk pelajar, bagi menggalakkan budaya membaca dan mengurangkan kos pembelian bahan pembelajaran. Baucar ini juga diagihkan melalui S Pay Global, menjadikannya lebih cepat, selamat dan telus.

Diskaun pinjaman PTPTN 

Sarawak kekal sebagai satu-satunya negeri di Malaysia yang menanggung subsidi diskaun PTPTN untuk peminjam yang telah menjelaskan lebih 30 peratus daripada jumlah pinjaman mereka.

Setakat ini, kerajaan negeri telah menyalurkan RM117 juta, memberi manfaat kepada kira-kira 33,000 peminjam. Bagi tahun 2026, kerajaan menyediakan tambahan RM15 juta untuk meneruskan program bantuan kewangan ini.

Subsidi penerbangan untuk pelajar anak Sarawak

Kerajaan juga meneruskan bantuan subsidi penerbangan untuk pelajar Sarawak yang belajar di Semenanjung, Sabah atau Labuan bagi meringankan kos perjalanan pulang ke kampung semasa cuti semester atau kecemasan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak

Related Posts

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

KOTA KINABALU – Sabah mengambil langkah strategik bagi memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang dengan memberi tumpuan kepada sekuriti makanan, infrastruktur logistik, dan penstabilan harga, susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan keperluan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran kelembapan ekonomi global yang dipengaruhi oleh peningkatan kos dunia serta gangguan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah