SKAS 2026: Bantuan isi rumah dinaikkan kepada RM950 setahun

KUCHING – Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) mencatat peningkatan bagi tahun 2026 apabila isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah bakal menerima sehingga RM950 setahun, berbanding RM800 pada tahun sebelumnya.

Pengumuman itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Undangan Negeri. 

Menurut beliau, langkah menaikkan kadar bantuan ini adalah sebahagian komitmen kerajaan untuk membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup dan memastikan setiap keluarga mempunyai keperluan asas yang mencukupi.

Untuk tahun 2026, bantuan SKAS akan disalurkan setiap empat bulan, dengan tiga kategori penerima yang menikmati kenaikan ketara. 

Isi rumah RM5,000 ke bawah menerima kenaikan tertinggi sebanyak RM150, menjadikan jumlah tahunan kini RM950. 

“Warga emas bujang atau tiada pasangan dan anak dengan pendapatan RM5,000 ke bawah pula ditingkatkan daripada RM400 kepada RM500 setahun, manakala individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah menerima RM300 setahun, berbanding RM250 sebelum ini,” jelas beliau.

Katanya, dengan penambahbaikan ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM640 juta bagi pelaksanaan SKAS pada 2026, sekali gus menjangkakan lebih sejuta rakyat Sarawak akan mendapat manfaat. 

Abang Johari menegaskan bahawa usaha ini menunjukkan kerajaan GPS sentiasa peka terhadap beban rakyat dan berusaha memastikan tiada golongan yang tercicir.

Beliau turut menjelaskan pembayaran SKAS akan terus disalurkan melalui S Pay Global, platform digital yang memudahkan agihan bantuan secara lebih cepat, telus dan selamat. 

Platform tersebut kini menjadi saluran utama penyaluran bantuan kerajaan negeri kepada rakyat Sarawak di dalam dan luar negeri.

Abang Johari menyatakan bahawa SKAS bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga strategi memperkukuk kuasa beli rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi domestik, terutama ketika kos sara hidup dan inflasi masih menjadi kebimbangan utama isi rumah.

Dalam pembentangan itu, Abang Johari menegaskan bahawa peningkatan SKAS mencerminkan iltizam kerajaan GPS yang bukan hanya mengurus belanjawan, tetapi juga komited meningkatkan kesejahteraan setiap rakyat Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lebih 100 kes curi kabel direkod, Selangor perhebat tindakan pencegahan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengakui kegiatan vandalisme dan kecurian kabel telekomunikasi masih menjadi ancaman serius terhadap infrastruktur digital negeri walaupun jumlah kes menunjukkan penurunan pada suku pertama tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor ada acuan sendiri, UMNO yakin bergerak solo tanpa gabungan

TANJUNG PIAI – UMNO Johor menegaskan pendirian untuk terus bergerak secara solo dan bersedia bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

  • By Siti
  • May 20, 2026
GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

Lebih 100 kes curi kabel direkod, Selangor perhebat tindakan pencegahan

Lebih 100 kes curi kabel direkod, Selangor perhebat tindakan pencegahan

Johor ada acuan sendiri, UMNO yakin bergerak solo tanpa gabungan

Johor ada acuan sendiri, UMNO yakin bergerak solo tanpa gabungan

Selepas tunggu 22 tahun, akhirnya Arsenal angkat Piala Liga

Selepas tunggu 22 tahun, akhirnya Arsenal angkat Piala Liga

Lima ahli sindiket curi kabel ditahan, lori turut dirampas

Lima ahli sindiket curi kabel ditahan, lori turut dirampas

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0