Polis tahan ketua kumpulan curi kabel ECRL

TEMERLOH – Polis menahan dua lelaki, termasuk ketua kumpulan ‘Geng Musang’ yang disyaki terbabit dengan kes mencuri kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menyebabkan kerugian lebih RM825,000.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek ditahan di tepi Jalan Kampung Batu Tiga, Jalan Karak, Mentakab di sini, kira-kira jam 9 malam Khamis lalu.

Katanya, suspek berusia 32 ditahan dikenali dengan gelaran ‘Musang’ dipercayai ketua kumpulan penjenayah terbabit, ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun.

Katanya, dua suspek terbabit diburu polis sejak Ogos lalu bagi membantu siasatan kecurian kabel projek ECRL di Bentong, Temerloh dan Kuantan.

“Polis turut merampas senjata tajam dan sejumlah dadah bersama suspek,” katanya, lapor Berita Harian.

Mohd Nasyim berkata, dua lelaki itu disahkan positif dadah dan seorang daripadanya mempunyai enam rekod jenayah serta kesalahan dadah.

Katanya, suspek direman hingga hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata tajam berbahaya iaitu sebilah kerambit.

September lalu, polis menahan lapan lelaki – termasuk dua pekerja dan pemilik barang lusuh di Kuantan, Bentong dan Kuala Lumpur – kerana disyaki terbabit dengan kes mencuri kabel projek ECRL.

Susulan tangkapan semua suspek berusia antara 29 dan 45 tahun itu, polis menemui semula kabel sepanjang hampir 5,000 meter.

Kabel itu dijumpai di kedai barang lusuh di Kuala Lumpur, manakala sebahagian lagi ditemui berhampiran sebuah rumah dan kawasan hutan di Temerloh.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai