Banjir: 3 PPS dibuka di Perlis

PADANG BESAR – Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air secara mendadak, sekali gus memaksa pembukaan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk terjejas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Mohd. Shokri Abdullah berkata, tiga PPS yang beroperasi ketika ini ialah SK Titi Tinggi, SK Lubuk Sireh dan Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

“Air naik cepat berikutan hujan berterusan sejak awal pagi. Polis berada di lokasi untuk membuat pemantauan dan membantu proses pemindahan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, beberapa laluan utama turut ditutup kepada kenderaan ringan selepas paras air meningkat dan tidak lagi selamat dilalui.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Kaki Bukit Batu 16, Simpang Tiga Kok Mak, laluan menuju Wang Kelian, Jalan Kampung Chantek Kaki Bukit, Jalan Titi Tinggi, Jalan Gua Kelam serta Jalan Kangar–Padang Besar berhampiran Agrovet Perlis.

“Runtuhan tanah juga berlaku di Jalan Wang Kelian dan laluan itu ditutup sepenuhnya sehingga kerja pembersihan selesai,” jelasnya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan pihak berkuasa, manakala PDRM Padang Besar akan terus mengeluarkan maklumat semasa dari masa ke masa.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan