Kerajaan perketat akses media sosial bawah 16 tahun mulai 2026

KERAJAAN sedang memuktamadkan dasar baharu yang akan menghadkan akses media sosial kepada individu bawah 16 tahun, dengan pelaksanaannya disasar bermula tahun depan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Langkah ini digubal bagi mengekang jenayah siber merentas usia serta melindungi kanak-kanak daripada risiko pemangsa seksual.

Beliau berkata, dasar tersebut adalah kesinambungan keputusan Jemaah Menteri yang mahu memastikan keselamatan golongan muda lebih terjamin dalam persekitaran digital.

“Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Syber Komuniti India Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Menurut beliau, selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan turut meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilakukan di Australia dan beberapa negara lain, khususnya dari segi mekanisme penguatkuasaan.

“Negara yang berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial,” katanya.

Fahmi berkata, antara mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform melaksanakan proses pengesahan eKYC menggunakan dokumen pengenalan diri rasmi seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.

“Kita menjangkakan platform dapat melaksanakannya menjelang tahun depan. Saya percaya bahawa jika kerajaan, badan kawal selia dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing, kita dapat memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas, meluas dan mampu milik, tetapi yang paling penting, selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga,” tambahnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan