Pertama kali BN, PH sepentas di Sabah kempen sokong calon PH Tanjung Aru

KOTA KINABALU – Ini adalah kali pertama, kata Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh menyifatkan kemunculan bersama PH dan BN dalam kempen di Tanjung Aru sebagai detik politik baharu yang pertama kali berlaku di Sabah.

Hannah berkata, kerjasama terbuka dua gabungan itu menggambarkan terjemahan semangat Kerajaan Perpaduan yang sebelum ini hanya dilihat di peringkat Persekutuan.

“Kempen ini mencerminkan apa yang sedang berlaku di peringkat Persekutuan… dulu musuh, kini kita bekerjasama demi kebaikan rakyat. 

“Apabila semua pihak bersatu dan setiap orang memberikan yang terbaik dan bekerja bersungguh-sungguh, banyak kejayaan mampu dicapai,” katanya ketika ditemui media semasa Program Malam Perpaduan Tanjung Aru bersama Pemimpin PH-BN di Grace Point pada Jumaat. 

Tambah Hannah, kerjasama itu melambangkan terjemahan semangat Kerajaan Perpaduan yang selama ini hanya dilihat di peringkat Persekutuan.

Mengulas konteks Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), Hannah berkata jumlah calon bukan ukuran sebenar keupayaan sesebuah parti, sebaliknya kualiti dan rekod perkhidmatan calon perlu menjadi keutamaan pengundi.

“Pilihan raya Sabah, anda boleh lihat ada ramai calon tetapi calon yang ramai tidak memberi makna sekiranya calon itu tidak berkualiti. 

“Yang paling penting ialah calon memiliki rekod pencapaian yang telah dibuktikan.

“Walaupun beliau seorang timbalan menteri, beliau tetap meluangkan masa berada di Sabah pada setiap hujung minggu. 

“Inilah contoh wakil rakyat yang sebenarnya anda perlukan,” katanya merujuk kepada calon PH DUN Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, suasana kempen di Tanjung Aru yang memperlihatkan BN dan PH berdiri sepentas membawa mesej kesepaduan yang telah terbina sejak tiga tahun lalu di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Saya lihat ada dua warna yang menarik perhatian saya. 

“Yang di atas biru, yang di bawah merah dan itulah semangat yang kita tunjukkan atas nama Kerajaan Perpaduan, iaitu kita dapat mengumpulkan, menyatukan antara biru dengan merah,” katanya merujuk sepanduk program. 

Zambry berkata kerjasama seperti itu bukan lagi perkara baharu antara BN dan PH kerana kesalingfahaman telah lama terjalin bagi memastikan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Beliau turut menyatakan bahawa pemilihan Chan sebagai calon DUN Tanjung Aru membawa kelebihan besar kepada penduduk kerana gabungan peranan beliau sebagai Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi akan memberikan manfaat dua kali ganda kepada kawasan berkenaan.

Mengenai slogan ‘Kasi Chan sama Chan’ yang digunakan dalam kempen tersebut, Zambry menyifatkannya sebagai idea kreatif yang mencerminkan kesungguhan calon itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok