
PUTATAN – Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menimbulkan persoalan mengenai keyakinan gabungan itu untuk membentuk kerajaan secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, selepas beliau memberi bayangan bahawa parti itu sedia bergabung dengan mana-mana parti lain bagi menubuhkan kerajaan.
Ronald dilihat tidak memberikan jawapan jelas ketika ditanya media sama ada PN akan memilih rakan kerjasama selepas PRN, sebaliknya menegaskan fokus utama ketika ini adalah memenangi sebanyak mungkin kerusi.
“Saya tidak boleh memberitahu anda itu kerana kita ingin menang pilihan raya. Kami mengadakan pertandingan dan menang 42 tempat.
“Saya sangat serius dan kita ingin menang pilihan raya,” katanyar selepas pelancaran manifesto, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ronald memaklumkan, PN masih belum membuat keputusan siapa calon Ketua Menteri walaupun setelah seminggu berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,
Jelasnya, apa yang penting pada ketika ini adalah fokus memenangi pilihan raya, kemudian diputuskan siapa yang akan diangkat menjadi calon Ketua Menteri Sabah.
“Ia belum diputuskan. Semua orang yang bertanding membuat Perikatan Nasional layak untuk diangkat,” katanya.





