Keyakinan Muhyiddin dipersoal, PN tiada ‘kubu kuat’ tapi mahu calon Ketua Menteri Sabah

PANTAI DALIT – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempamerkan ‘keyakinan luar biasa’ mampu menawan Sabah apabila mahu mengumumkan calon Ketua Menteri dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat tertinggi PN dan akan diumumkannya dalam masa terdekat.

“Nanti kita umumkan,” katanya ringkas kepada media selepas Program Pelancaran Era Baru Pantai Dalit, pada Jumaat.

Hakikatnya, kenyataan Presiden Bersatu itu tidak mencerminkan realiti di lapangan yang menunjukkan parti terbabit kini hampir tidak mempunyai kekuatan politik di Sabah dan sudah berada dalam kedudukan paling lemah sejak PRN 2020.

Pada PRN Sabah 2020, PN muncul sebagai antara blok terkuat dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) apabila meraih 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Keputusan itu meletakkan PN, khususnya melalui Bersatu, sebagai komponen penting dalam pembentukan kerajaan negeri ketika itu.

Bagaimanapun, kekuatan PN di Sabah mula merosot selepas berlaku penghijrahan besar-besaran pemimpin Bersatu Sabah pada Disember 2022 sehingga menyebabkan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan pemimpin utama Bersatu negeri mengumumkan keluar parti sebelum menyertai GRS.

Langkah lompat parti itu menyebabkan
PN kehilangan keseluruhan pengaruh politiknya di Sabah selain tidak lagi memiliki kerusi aktif mahupun kubu kuat di DUN Sabah, dengan hanya segelintir pemimpin tertinggi peringkat negeri dilaporkan kekal bersama gabungan itu.

Perubahan itu turut menjadikan PN antara gabungan paling lemah di Sabah menjelang PRN akan datang, berbeza dengan kedudukan dominannya pada 2020.

Related Posts

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang