Federalisme adil sudah lama wujud, jangan jadikan ‘hak negeri’ alasan tutup kelemahan

DI Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini, ADUN Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi bangkit menuntut apa yang digelar sebagai ‘reformasi federalisme’ kononnya bagi menuntut hak Terengganu agar diberi layanan ‘adil’ oleh Kerajaan Persekutuan.

Slogan ‘Bukan Istimewa Tetapi Adil’ kedengaran indah, namun hakikatnya ia sekadar cubaan baharu untuk menghidupkan naratif lama bahawa Putrajaya kononnya menindas negeri pembangkang.
Sedangkan realiti angka dan fakta membuktikan sebaliknya.

Realiti ekonomi: Siapa sebenarnya menanggung siapa?

Dalam Belanjawan Terengganu 2026, hasil negeri diunjurkan RM1.998 bilion. Namun lebih 85 peratus daripadanya (RM1.709 bilion) datang daripada Terimaan Bukan Hasil yakni pemberian terus daripada Kerajaan MADANI di Putrajaya.

Ironinya, wang yang membiayai hampir semua urusan negeri dari bayaran gaji, pembangunan daerah hingga bantuan rakyat datang daripada kerajaan yang mereka tuduh ‘tidak adil’.

Inilah bukti bahawa sistem federalisme sedia ada sudah pun berfungsi dengan adil dan matang.

Fakta di lapangan: Projek demi projek dibiayai pusat

Mari kita lihat rekod sebenar:

Projek ECRL – membina laluan baharu melalui Dungun dan Kemaman.

Naik taraf Hospital Kemaman, Hospital Besut dan Hospital Hulu Terengganu – semuanya dana Persekutuan.

Bantuan BUDI95, MyKasih dan SARA terus kepada rakyat tanpa diskriminasi politik.

Kalau benar Putrajaya menindas negeri, mengapa semua projek dan bantuan ini diteruskan?

Fakta ini menafikan naratif ‘terpinggir’ yang sering diulang oleh pimpinan negeri.

Isu sebenar: Kelemahan tadbir urus negeri sendiri

Apa yang tidak disebut oleh ADUN-ADUN Pas ialah realiti dalam negeri sendiri:

Kenaikan tarif air dan premium tanah menekan rakyat bawahan.

Peruntukan RM16 juta untuk pinjaman kereta YB lulus ketika rakyat dihimpit kos sara hidup.

Hasil negeri tidak meningkat sejak 2020, walaupun royalti petroleum dan bantuan pusat diterima secara berterusan.

Justeru, masalah bukan pada ‘sistem federalisme’, tetapi pada keupayaan dan keutamaan pentadbiran negeri sendiri.

Strategi politik: Mainan sentimen kenegerian

Tuntutan reformasi federalisme ini bukan sekadar dasar ia strategi politik.
Pas cuba menanam sentimen bahawa mereka ‘berjuang demi hak negeri’, sedangkan mereka sebenarnya mahu mengalihkan perhatian daripada kegagalan dasar negeri sendiri.

Dengan memainkan sentimen ‘rakyat negeri tertindas’, mereka berharap rakyat lupa bahawa sebahagian besar kemajuan negeri datang daripada tangan Kerajaan Persekutuan yang mereka kritik.

Keadilan bukan bermakna autonomi mutlak

Kerajaan MADANI tidak menindas malah terus menyalurkan bantuan kepada semua negeri tanpa memilih warna politik.

Keadilan dalam federalisme bermakna perkongsian tanggungjawab, bukan pemisahan kuasa untuk menutup kegagalan sendiri.

Jika benar mahu memperkukuh federalisme, mulakan dengan akauntabiliti, ketelusan dan kecekapan negeri sendiri, bukan dengan menyalahkan pusat.

Hak negeri tidak pernah dinafikan

Terengganu tidak pernah dianaktirikan yang berlaku ialah salah tafsir terhadap tanggungjawab bersama.

Hak negeri sudah pun ditunaikan; malah rakyat Terengganu menikmati hasil pembangunan yang stabil kerana sistem federalisme Malaysia terbukti inklusif dan berfungsi.

Sudah tiba masa pimpinan Pas berhenti menjaja naratif kononnya dizalimi.
Kerajaan MADANI terus bekerja untuk semua rakyat tanpa mengira sempadan politik.
Kerana keadilan sebenar bukan pada kata-kata, tetapi pada tindakan yang membela rakyat setiap hari.

Related Posts

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama