P.Pinang mampu jadi hab ekonomi baharu penemuan nadir bumi bernilai RM87.3 bilion

GEORGE TOWN – Pulau Pinang berpotensi sebagai hab ekonomi baharu dengan penemuan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dianggarkan bernilai AS$21 bilion (RM87.3 bilion) di beberapa kawasan bukit di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, hasil tinjauan awal yang dijalankan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menunjukkan sumber NR-REE ditemui di Teluk Bahang, Balik Pulau, Bukit Mertajam dan Bukit Panchor.

“Jumlah sumber teragak (inferred resource) dianggarkan sekitar 1.7 juta tan metrik namun angka sebenar akan ditentukan melalui kajian terperinci pada masa hadapan,” katanya.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri sedang giat menyediakan Peraturan-Peraturan Mineral Negeri Pulau Pinang sebagai rangka kawal selia penting sebelum sebarang aktiviti penerokaan atau pembangunan dijalankan.

“Pihak berkuasa juga terbuka menerima cadangan daripada pelabur tempatan dan antarabangsa untuk meneroka potensi NR-REE di negeri ini dengan setiap cadangan akan dinilai secara profesional oleh jabatan teknikal berkaitan.

“Kerajaan negeri menekankan bahawa pengurusan sumber NR-REE ini dijangka menjadi pemacu ekonomi baharu, selaras dengan strategi untuk mempelbagaikan asas hasil dan memastikan model pendapatan yang lebih mampan bagi jangka panjang,” ujarnya.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow