Chen Xing, Xiao Yue simbol persahabatan Malaysia – China

PUTRAJAYA – Pasangan panda gergasi Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.30 malam tadi.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) dalam kenyataan memaklumkan, pasangan mamalia itu akan dibawa ke Pusat Konservasi Giant Panda di Zoo Negara yang dinaik taraf sepenuhnya untuk memastikan persekitaran kondusif, selamat dan selesa.

Kementerian itu berkata, Chen Xing dan Xiao Yue akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama sebulan di bawah pengawasan rapi pasukan doktor haiwan dan penjaga berpengalaman sebelum ditunjukkan kepada orang ramai.

“Ketibaan Panda Gergasi menandakan simbol integriti dan persahabatan berkekalan antara Malaysia dan China.

“Malaysia melalui NRES meneruskan Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant

“Panda dengan China melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April lalu bersempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia,” menurut laporan Bernama.

NRES memaklumkan, pemeteraian perjanjian itu membolehkan Malaysia menerima sepasang panda gergasi baharu yang lebih muda untuk tempoh 10 tahun dari 2025 hingga 2035.

Menerusi kerjasama serupa sebelum ini, Malaysia menerima Fu Wa dan Feng Yi pada 2012, sebelum haiwan itu dihantar pulang ke China pada 18 Mei lalu.

Related Posts

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

PUTRAJAYA – Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam agenda pendigitalan apabila melonjak ke kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat