Jamawi lancar MELALAP: MISI2030, tawar 11 manifesto untuk angkat Melalap menjelang 2030

TENOM – Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar terus menyatakan kesungguhannya dalam membawa perubahan dan memacu pembangunan Melalap melalui agenda besar iaitu MELALAP: MISI2030.

Jelasnya, misi yang digerakkan sehingga tahun 2030 itu akan menjadi pemacu utama pembangunan Melalap berteraskan lapan teras utama.

“Ia merangkumi pertanian; sosio-ekonomi; perubatan; infrastruktur jalan raya dan air; modal insan; memperkasa wanita dan belia; pendidikan serta pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Rabu.

Dalam pada itu, Jamawi juga yang merupakan anak tempatan dari Kampung (Kg) Jawa Sumbiling di Melalap berkata, berdasarkan pengalaman serta kerjasama semua pihak, beliau yakin MELALAP: MISI2030 bukanlah sesuatu yang mustahil, malah mampu dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberikan mandat.

Oleh itu, beliau turut melancarkan 11 manifesto untuk warga Melalap antara yang menjadi keutamaannya adalah mewujudkan hub penyelidikan dan pendidikan pertanian moden iaitu berkaitan dengan kepakarannya.

“Selain itu, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan daripada pelbagai sektor seperti pertanian, pelancongan serta industri kecil dan sederhana serta merangka program dan latihan bagi melahirkan lebih ramai usahawan baharu.

“Merangka pelan pembangunan Pekan Melalap secara lestari dengan infrastruktur yang lebih baik; menubuhkan Yayasan Melalap bagi membantu masyarakat dan menjadikan Melalap destinasi pelancongan tumpuan; membangunkan modal insan dari sudut pendidikan akademik, kemahiran dan sahsiah.

“Memperkasakan program-program peningkatan pencapaian pelajaran; menjadikan Melalap tumpuan peserta ilmu dan akademik; mencari bajet bagi membaiki dan menaik taraf jalan raya serta memperkasakan kemudahan perubatan,” ujarnya.

Sementara itu, Jamawi turut merayu sokongan seluruh pengundi Melalap untuk memilih beliau pada 29 November ini, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan agenda ‘Bersama Saya Membangunkan Melalap’.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen