‘Talian hayat’ terus kepada PM, jadikan Ruji calon kompeten jika diberi mandat

KALABAKAN – Keistimewaan akses terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan calon PH, Datuk Ruji Ubi calon yang berkredibiliti sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat di DUN Merotai pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keupayaan yang dimiliki Ruji tidak ada pada calon lain yang menjadikannya calon yang amat berpotensi untuk memacu pembangunan dan kesejahteraan DUN Merotai.

“Hebatnya kelebihan Ruji ini selain wakil PM, beliau merupakan mantan Ketua Pengarah ICU dan pernah menjadi KSU Pendidikan, KSU KDN dan KSU Perpaduan dan banyak pengalaman dalam Kerajaan Negeri dan Pusat. 

“Jadi sayang kalau pengundi kita di DUN Merotai tidak mengundi orang berpengalaman ini.

“Bayangkan kalau Ruji jadi wakil rakyat di Merotai, beliau bukan sahaja biasa dengan agensi negeri tapi ada ‘talian hayat’ pada PM dan Kementerian lain yang beliau pernah berada di situ,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press di Kampung Kijang, Merotai, pada Isnin. 

Dalam pada itu, Mustapha juga mengingatkan pengundi Merotai agar tidak salah memilih pada 29 November ini. 

“Selepas PRN, kita masih mempunyai Perdana Menteri. Bagi calon lain, jika silap pilih silap-silap jadi pembangkang.

“Ia akan merugikan masyarakat dan komuniti DUN Merotai kerana kita kehilangan peluang untuk memastikan kesejahteraan diri, keluarga, dan kawasan kita,” katanya.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah