MIC kekal sokong Anwar walau pertimbang keluar BN

MIC bertekad untuk terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal pentadbiran beliau, meskipun parti itu membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Presidennya, SA Vigneswaran menegaskan, MIC tidak berhasrat bergerak secara solo, sebaliknya perlu menyertai gabungan baharu sekiranya mengambil keputusan meninggalkan BN.

Beliau berkata, keputusan mengenai gabungan baharu hanya akan diputuskan selepas MIC menarik diri daripada BN, gabungan yang diterajuinya bersama UMNO dan MCA sejak lebih lima dekad lalu.

Menurutnya, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC akan membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan dalam masa terdekat.

“Perkara paling penting, kami berada dalam dilema kerana Perdana Menteri sendiri tidak melakukan sebarang kesalahan (dalam perkembangan isu ini). Jadi kami tetap teguh menyokong beliau untuk dua tahun lagi.

“Kami memberi jaminan akan menyokong Anwar sepanjang penggal ini. Keputusan itu masih berkuat kuasa,”katanya kepada pemberita selepas penutupan Konvensyen Tahunan MIC di IDCC Shah Alam, pada Ahad seperti dilaporkan FMT.

Vigneswaran yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Raja berkata, perwakilan konvensyen sebulat suara meluluskan dua usul supaya MIC keluar daripada BN, namun keputusan akhir diserahkan kepada CWC dan Presiden parti.

“Kami bukan bermain politik. Kami cuma sudah letih (dengan kedudukan kami dalam BN). Kami membuat keputusan ini bagi memastikan apa-apa formula perkongsian kuasa mestilah berasaskan prinsip maruah,” katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri dimaklumkan mengenai perkembangan itu selepas beliau membincangkannya dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan pada Jumaat lalu.

“Saya bercakap dengannya, bukan untuk berunding mengenai kerusi tetapi untuk memberitahunya yang kami mahu keluar BN. PM menasihatkan saya untuk menilai semula kerana kami sudah lama bersama BN,” katanya.

Namun, katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi belum dimaklumkan kerana MIC menganggap perkara itu sebagai urusan dalaman parti.

Vigneswaran turut menegaskan kerusi wakil rakyat MIC tidak akan terjejas sekiranya parti itu keluar BN, memandangkan peruntukan undang-undang antilompat parti hanya terpakai kepada individu yang menukar parti, bukan parti yang menukar sokongan.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman