PRN17 Sabah: Roti Gardenia punca PN ‘game over’, parti lain masih berpeluang

BAK kata orang tua, “kalau masuk kandang kambing mengembeklah, jangan berlagak singa.”

Tapi nampaknya Perikatan Nasional (PN) masih mahu bergaya seperti harimau di tanah orang, walaupun cakar belum tentunya tajam.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, PN terus cuba menapak di Negeri di Bawah Bayu, namun segala petanda menunjukkan mereka berkemungkinan besar pulang dengan tangan kosong.

Belum pun kempen bermula secara rasmi, PN dihantui dengan keceluparan kenyataan ADUN Kuala Ketil, Mansor Zakaria dari parti Pas yang menyebut, “Orang Sabah tu, kempen dia bagi roti Gardenia ja.”

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, Sabah bukan seperti gelanggang politik di Semenanjung, ia berbeza dan memiliki keunikan, berlapis, berakar dan pengundinya celik.

“Pengundi Sabah kini sedang menilai bukan siapa paling bersuara di luar, tetapi siapa paling nyata di lapangan. Parti besar boleh kira kerusi secara tradisi, tetapi parti alternatif boleh mengejut jika berjaya menguasai hati rakyat.

“Bagi saya kenyataan ADUN PN itu bukan sahaja biadab, malah menghina maruah rakyat Sabah, seolah-olah undi mereka boleh dibeli dengan roti. Ia mencerminkan betapa jauhnya pemahaman sesetengah pemimpin PN terhadap sensitiviti dan martabat masyarakat Sabah.

“Saya yakin sebenarnya sudah ‘game over’, kempen PN sudah tidak bermakna kerana perasaan rakyat Sabah telah terguris dan PN kemungkinan besar tidak menang satu kerusi pun di Sabah kali ini,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai peluang parti lain pada PRN17 Sabah kali ini, Azhar berkata, peluang masih terbuka bagi mana‑mana parti yang boleh ‘masuk dalam kepala rakyat, bukan hanya masuk cerita’.

Jelasnya, di Sabah, faktor etnik, negeri asal dan isu hak negeri sentiasa memainkan peranan. Jadi setiap parti bertanding perlu benar‑benar faham realiti Sabah, bukan hanya tahu mengimport strategi dari Semenanjung.

“Setakat ini dalam pemerhatian saya peluang terbuka kepada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan untuk menang seberapa banyak kerusi Dewan Undangan Negeri.

“Siapa bijak, guna strategi tepat dia akan menang, contohnya pengundi Sabah akan lihat faktor calon itu sendiri, jasa dan visi parti yang cakna jaga kepentingan Sabah juga penting, kalau ramuan ini lengkap saya pasti rakyat Sabah akan undi calon tersebut,” katanya.

Kempen PRN17 Sabah bermula secara rasmi pada Sabtu sebaik sahaja selesai proses penamaan calon di 73 DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 November bagi PRN17 Sabah manakala tarikh pengundian awal bagi pada 25 November.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas mengingatkan kepada parti-parti yang bertanding pada PRN Sabah bahawa pengundi di sana bukan mudah dibeli dengan kata-kata.

“Mereka tidak gemar suara import dari Semenanjung kerana mereka sudah lama rasa tertinggal, jadi bila ada parti yang cakap soal autonomi, hasil negeri, dan martabat Sabah, ia beri keyakinan yang lebih kuat.

“Tapi semua parti kena ingat, pengundi Sabah bukan mudah dibeli dengan kata-kata. Mereka tengok rekod, bukan retorik. Siapa turun padang, siapa bantu masa susah, siapa bawa suara mereka ke atas, itu yang akan jadi penentu sebenar,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK