‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40 peratus hasil Sabah, dan tidak mengelirukan rakyat dengan maklumat yang tidak tepat.

Anwar berkata, terdapat dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan membuat rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, sedangkan penjelasan AGC telah menyatakan perkara yang sebenar.

“Eh, bacalah. 40 peratus kita tak rayu. Jangan ada orang tipu datang di sini,” katanya ketika berucap sempena Ceramah Perdana YAB PM Sayang Sabah DUN Inanam di sini pada malam Sabtu.

Beliau menegur seorang bekas menteri yang didakwa membuat kenyataan tidak tepat mengenai isu tersebut.

“Ada seorang itu bekas Menteri, Menteri saya.

“Dia kata, oh ini rayu. Saya tak mahu sebut nama.

“Tapi saya ingat ini tak adil, tak betul. Awak tahu, awak Menteri. Awak makan gaji. Awak tahu kita tak rayu,” katanya.

Menurutnya, penjelasan AGC sudah jelas bahawa kerajaan sedang mengikuti proses sewajarnya, termasuk rundingan teknikal dengan pegawai kanan kerajaan.

“So, 40 peratus. Kenapa awak turun di sini? Sebab awak nak guna. Sekarang, oh Sabah. Kita Sabah parti Sabah,” ujarnya.

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan mengambil pendekatan berhemah dan profesional dalam isu hak Sabah itu, termasuk meneruskan rundingan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin bersama-sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Jelasnya, mesyuarat itu membincangkan pelaksanaan 40 peratus hak Sabah yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan bahawa politik tidak boleh dimainkan dengan sentimen sempit atau dakwaan tidak benar.

“Politik kita harus matang. Cari wakil yang boleh tolong kita.

“Cari kerajaan yang boleh tolong kita,” katanya.

Related Posts

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

KUANTAN – Sesi taklimat kemajuan Pelan Tindakan Khas Bandar Baharu Paya Besar memberi peluang kepada pemimpin setempat mengetahui perkembangan projek di kawasan itu. Dengan menumpukan kepada perkembangan projek Laluan Rel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat
  • FatinFatin
  • November 15, 2025

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan