Rayuan difail bagi betulkan kekhilafan penghakiman, bukan persoal kadar 40 peratus – AGC

JABATAN Peguam Negara (AGC) menjelaskan bahawa pemfailan Notis Rayuan oleh Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dibuat khusus untuk menangani beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman mahkamah, dan bukan untuk mencabar keputusan berkaitan kadar Pemberian Khas Sabah sebanyak 40 peratus hasil.

Dalam kenyataannya, AGC memaklumkan Notis Rayuan tersebut difailkan pada 13 November 2025 bagi membetulkan bahagian tertentu dalam keputusan Mahkamah Tinggi yang didapati tidak selari dengan fakta dan kedudukan undang-undang.

“Alasan penghakiman berkenaan antara lain mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan itu.

AGC menegaskan bahawa walaupun rayuan difailkan, rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah mengenai pelaksanaan Pemberian Khas berdasarkan kadar 40 peratus hasil tetap akan diteruskan dan akan dimulakan secepat mungkin.

Pada Selasa lalu, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengiktiraf kewajipan membayar Pemberian Khas Sabah sebanyak 40 peratus hasil, sebagaimana diputuskan dalam permohonan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS).

Sebelum itu, pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan SLS dan mengarahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan semakan kadar pemberian khas itu dalam tempoh 90 hari serta mencapai persetujuan pembayaran dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

Selain itu, Mahkamah juga membatalkan sebahagian daripada tiga Warta Persekutuan bertarikh 20 April 2022, 24 Disember 2023 dan 27 Ogos 2025 setelah mendapati beberapa peruntukan di dalamnya bercanggah dengan kedudukan Perlembagaan berhubung pemberian khas kepada Sabah.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills