MARA terus relevan bantu usahawan Bumiputera

KUANTAN – Majlis Amanah Rakyat (MARA) kekal relevan sebagai agensi penting dalam memperkukuh agenda penyertaan ekonomi dalam kalangan usahawan Bumiputera.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1966, MARA berjaya melahirkan ramai usahawan Bumiputera yang kompetitif dan memiliki daya saing tinggi dalam pasaran.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penganjuran Anugerah Usahawan MARA (AURA) juga membuktikan agensi itu sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan usahawan, terutamanya yang dibimbing mereka.

“Ramai anak muda serta usahawan kecil di Pahang yang mendapat bimbingan MARA kini berjaya mengembangkan perniagaan hingga ke luar negara.

“Syabas kepada seluruh warga MARA yang terus berperanan besar mengangkat martabat ekonomi Bumiputera,” katanya ketika berucap merasmikan majlis anugerah itu, malam tadi.

Pada majlis itu, seramai 11 usahawan menerima anugerah AURA atas pencapaian cemerlang mereka.

Hadir sama Exco Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Datuk Amizar Abu Adam dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar.

Wan Rosdy turut menzahirkan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan melalui pelbagai inisiatif dan insentif kepada kumpulan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau yang juga Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS (MPUPK) memaklumkan, satu siri jelajah untuk bertemu dengan usahawan PMKS seluruh negara akan diadakan dalam masa terdekat.

“Sebagai penasihat khas MPUPK yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim… saya ditugaskan membantu memperkukuh keupayaan usahawan mikro dan kecil di seluruh negara.

“Jadi, kita akan adakan ‘roadshow’ ke negeri-negeri dan mungkin kita mulakan di Perlis dan Kedah… seterusnya ke negeri-negeri lain.

“Saya akan pastikan suara dan keperluan usahawan – terutamanya dari Pahang – terus dibawa ke peringkat tertinggi agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan nasional,” katanya.

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan