Kontrak Casemiro mungkin disambung secara bersyarat

PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim dilaporkan bersedia melanjutkan kontrak Casemiro tetapi dengan satu syarat utama.

Kontrak semasa pemain tengah berpengalaman itu akan tamat pada 30 Jun depan, namun United memiliki pilihan untuk menyambungnya setahun lagi.

Walaupun dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Arab Saudi pada jendela perpindahan musim panas lalu, Casemiro menegaskan mahu kekal di Old Trafford dan terus berjuang merebut tempat dalam pasukan kendalian Amorim.

Pemain berusia 33 tahun itu – yang dibeli dari Real Madrid pada 2022 dengan nilai £70 juta (RM379 juta) – kini kembali menjadi pilihan utama Amorim di bahagian tengah bersama Bruno Fernandes.

Musim ini, Casemiro memainkan peranan penting dengan menyumbang tiga gol dan satu umpanan gol dalam 10 aksi Liga Perdana Inggeris.

Persembahannya turut menghidupkan semula karier antarabangsa bersama Brazil di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Ketika menyertai United lebih tiga tahun lalu, Casemiro menandatangani kontrak dengan gaji sekitar £350,000 (RM1.89 juta) seminggu.

Jumlah itu sering dianggap beban besar dan menjadi antara sebab kelab dijangka melepaskannya apabila kontrak pemain itu tamat.

Namun prestasinya musim ini membuatkan ramai di kelab mahu dia dikekalkan termasuk Amorim sendiri yang menurut laporan talkSPORT, bersedia menyambung kontraknya setahun lagi jika Casemiro bersetuju menerima pemotongan gaji.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai