Bertanding bebas atau tidak, saya perlu bincang dengan jentera dulu – Fairuz

KOTA KINABALU – Penyandang kerusi Dewan Undangan (DU) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan menyatakan bahawa fokus fokus utama kerjaya politik beliau adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan membawa perjuangan jentera parti untuk menyumbang kemenangan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, soal beliau bertanding atas tiket bebas atau tidak bagi kerusi DU Pintasan adalah soal kedua dan beliau tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru.

“Apapun, kena bincang dengan jentera dan sahabat-sahabat saya dari Pemuda kerana tindakan saya akan beri kesan besar, bukan pada Pintasan sahaja tapi juga jentera Pemuda.

“Kita akan cuba fikir dan buat yang terbaik untuk parti ini, dan makluman, dari berminggu-minggu saya dihubungi oleh pelbagai parti lokal dan Semenanjung, sangkaan mereka saya tidak jadi calon.

“Saya menolak dengan baik permintaan mereka kerana saya hormat sebagai rakan dan saya hormat parti saya. Perjuangan bersama parti, ini yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir dalam Mesyuarat Exco Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bagi menyerahkan tugas-tugas kempen pilihan raya, di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PGRS berkata, beliau menerima keputusan Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang meletakkan Presiden United Sabah National Organisation (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi kerusi GRS Dewan Undangan (DU) Pintasan untuk Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) DU Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Fokus saya sekarang adalah untuk gerakkan jentera Pemuda, kerja keras bagi kawasan yang ada calon kita, soal diri saya sendiri, lepas ini saya akan jumpa presiden, minta nasihat, pandangan, tengok macam mana.

“Kita faham, di kawasan, kekecewaan penyokong dan jentera kita, tapi kita akan fikir selepas ini, kerana untuk buat keputusan tanding atau tidak, tiket bebas atau apa nanti, agak berat, kita kena teliti betul-betul.

“Untuk Pintasan, memang ini kerusi Pemuda, kita sudah bekerja dari awal sampai sekarang, tanpa henti,” katanya.

Katanya lagi, beliau mahu fokus kepada kerja-kerja utama jentera dan membawa suara akar umbi di Pintasan tanpa meletakkan sebarang sentimen emosi.

“Semalam saya dihubungi oleh Presiden, mengatakan saya adalah calon di kawasan tersebut, alhamdulillah tapi saat-saat akhir, dihubungi semula dan bertukar tapi tidak mengapa, kita terima.

“Bagi saya perjuangan di Pintasan belum selesai, masih banyak perkara yang perlu buat dan selesaikan kerana terlalu banyak, terutamanya baki geran pantas yang saya mahu keluarkan dan serahkan kepada pemilik tanah.

“Persoalan berkenaan adakah saya akan langgar perintah Presiden, untuk bertanding di Pintasan, itu perkara kedua, kita akan balik kawasan dan bincang,” ujarnya.

Sebagai rekod, Fairuz merupakan ADU Pintasan selepas menang semasa PRU DU Sabah ke-16, pada tahun 2020 dengan majoriti 84 undi, menewaskan Presiden USNO merangkap calon GRS untuk kerusi DUN Pintasan, iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Selain itu, beliau turut membawa banyak pembangunan khasnya penambahbaikan infrastruktur di seluruh kawasan Pintasan, termasuk pembangunan komuniti setempat.

Related Posts

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

PUTRAJAYA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)  tidak seharusnya ditunggang oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik sempit atau membina persepsi liar sehingga menggugat keyakinan pendeposit.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat