PMX beri penjelasan isu 40 peratus hasil Sabah di Parlimen esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  akan memberikan penjelasan secara terperinci di Dewan Rakyat esok mengenai keputusan kerajaan yang tidak merayu terhadap pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil Sabah.

Menurut beliau, keputusan kerajaan itu dicapai secara bersama melalui mesyuarat Kabinet selepas meneliti implikasi perundangan dan kepentingan semua pihak, semalam.

Anwar memaklumkan, perkara itu termasuk pertimbangan konsensus berhubung isu-isu yang berkaitan dengan 40 peratus mengikut Perkara 112C dan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Maka kita memutuskan secara konsensus, soal 40 peratus itu dan pertimbangan mengenai keputusan kita (kerajaan) juga, iaitu kita tidak rayu, tetapi keputusan penghakiman itu kita rayu, saya akan perjelaskan di Parlimen esok lebih terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan November di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati bagi memastikan hak negeri Sabah dan Sarawak dipertahankan tanpa mencetuskan kekeliruan dari sudut perundangan atau mencabar kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan keputusan tersebut bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya melalui perbincangan mendalam di peringkat tertinggi kerajaan.

“Saya merenung semalam dan Jemaah Menteri ada mesyuarat khas, pertimbangkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, runding, mendengar pandangan dan usul dari setiap ahli Jemaah Menteri.

“Paling deras (bersuara), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan kekal komited terhadap semangat dan hak negeri, selari dengan prinsip federalisme, rundingan berterusan dan keadilan antara wilayah.

Perkara 112C adalah berkaitan geran pemberian kewangan Persekutuan kepada kerajaan negeri dan Perkara 112D pula merujuk kepada pemberian khas kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Pada Selasa, Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, kerajaan Persekutuan tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pemberian khas 40 peratus hasil dan akan memulakan rundingan segera bersama Kerajaan Negeri Sabah.

Bagaimanapun, dalam kenyataan sama, AGC turut memaklumkan  nasihat undang-undang telah diberikan kepada Jemaah Menteri berkaitan kecacatan dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi.

Antara lain, alasan penghakiman didakwa mengandungi tuduhan berat terhadap kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, termasuk dakwaan bahawa kedua-dua pihak telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan sejak tahun 1974

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP