Jumlah tanah rizab Melayu di Pahang kini 444,000 hektar

KUANTAN – Pahang memiliki lebih 444,000 hektar tanah rizab Melayu ketika ini berbanding 222,000 hektar pada tahun 1955.

Perkara itu dikongsi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail di sini, malam tadi.

Jumlah keluasan itu – yang meningkat dalam tempoh 70 tahun – membuktikan komitmen kerajaan negeri mempertahankan kawasan tanah rizab Melayu di Pahang.

“Angka tidak berbohong, boleh semak di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Justeru, jika ada pihak yang mengatakan keluasan tanah rizab Melayu kian berkurangan di Pahang, janganlah percaya,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab soalan dilontarkan hos, Azhar Sulaiman, mengenai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Wan Rosdy menjelaskan bahawa Pahang satu-satunya negeri yang mempunyai unit tersebut dengan antara fungsinya menguatkuasakan aktiviti pencerobohan tanah secara haram di negeri ini.

Jelasnya, UPNP yang ditubuhkan pada tahun 2019 berperanan melakukan intipan, siasatan, serbuan serta mendakwa mereka yang menceroboh tanah kerajaan ke mahkamah.

“Alhamdulillah, sejak UPNP beroperasi, kita melakukan 23 operasi penguatkuasaan pemusnahan kawasan yang diceroboh melibatkan 3,366 ekar di seluruh Pahang.

“Ia termasuk Ops Sekat di Raub, di mana sejak dilaksanakan pada 25 April 2024, seramai 129 individu ditahan dan 12 kes dibawa ke mahkamah serta dijatuhkan hukuman,” katanya.

Ujarnya lagi, melalui penubuhan unit itu, kerajaan negeri dapat mengatasi masalah ketirisan hasil disebabkan aktiviti pencerobohan tanah.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang