Petronas salur gas asli ke Sarawak melalui perjanjian jualan gas – Azalina

GAS asli yang digunakan bagi industri hiliran di Sarawak disalurkan oleh Petronas melalui Perjanjian Jualan Gas (GSA) berdasarkan terma dan syarat komersial, bukan dijual secara langsung kepada kerajaan negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH–Stampin) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan jumlah gas asli yang telah dijual Petronas kepada Sarawak bagi tahun 2023, 2024 dan 2025.

Azalina berkata, permintaan gas asli domestik di Sarawak bagi pasaran bukan gas asli cecair (LNG) dijangka meningkat kepada 500 juta kaki padu sehari (mmscfd) menjelang akhir tahun ini.

“Purata permintaan gas asli di Sarawak bagi pasaran bukan LNG adalah sekitar 400 juta kaki padu sehari (mmscfd) bagi tempoh 2023 hingga 2024,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata, Petronas kekal komited untuk memastikan sebanyak 1.2 bilion kaki padu standard sehari (bscfd) diperuntukkan bagi memenuhi keperluan pasaran domestik di Sarawak menjelang tahun 2030.

Menjawab pertanyaan Datuk Awang Hashim (PN–Pendang) mengenai status terkini rundingan hak minyak dan gas antara Petronas dan Sarawak, Azalina berkata, Petronas kini sedang berunding dengan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) bagi memperincikan Deklarasi Bersama yang ditandatangani pada 21 Mei 2025.

“Proses perundingan ini memakan masa kerana ia perlu mengambil kira prinsip komersial, kepentingan bersama dan kelestarian industri, serta bertujuan mewujudkan kerangka kerjasama yang lebih strategik, inklusif dan saksama untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata, Petronas perlu diberi ruang untuk terus melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya seperti diperuntukkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144), meliputi aktiviti huluan hingga penjualan LNG ke pasaran antarabangsa.

“Bagi PETROS, syarikat itu dilantik sebagai aggregator gas bagi pasaran domestik Sarawak berkuat kuasa 1 Mac 2025, dan pelantikan ini akan dihormati serta disokong oleh semua pemain industri yang terbabit dalam pengedaran dan pembekalan gas kepada pengguna dalam negeri,” katanya.

Sebarang perjanjian atau kontrak sedia ada dan akan datang yang membabitkan Petronas atau anak syarikatnya dengan pihak ketiga bagi tujuan penjualan LNG merangkumi sektor huluan hingga pengeksportan LNG kekal terpelihara sepenuhnya, tidak terjejas dan akan terus berkuat kuasa.

“Petronas masih tetap berusaha untuk menyelesaikan perkara ini melalui pendekatan rundingan dan kolaboratif, dengan memastikan kepentingan semua pihak berkepentingan sentiasa terpelihara, di samping mengekalkan kestabilan serta kelestarian industri minyak dan gas negara keseluruhannya,” katanya.

Related Posts

MB Negeri Sembilan digesa nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana – Mahfuz

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berpandangan perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

HANGZHOU – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

Spring Airlines tambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu kepada dua kali sehari Disember ini

  • By Ithma
  • September 23, 2026
Spring Airlines tambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu kepada dua kali sehari Disember ini

Jaringan 23,580 rakan industri perkukuh kebolehpasaran graduan POLYCC

Jaringan 23,580 rakan industri perkukuh kebolehpasaran graduan POLYCC

Graduan politeknik Sandakan, Tawau cemerlang dalam anugerah dan projek terbaik

Graduan politeknik Sandakan, Tawau cemerlang dalam anugerah dan projek terbaik