Bantuan kepada tahanan Malaysia di luar negara hanya diberi atas permintaan individu – Tok Mat

KERAJAAN hanya akan menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara atas kesalahan jenayah sekiranya diminta secara rasmi oleh individu terbabit, dan bukan secara automatik, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau menjelaskan bahawa bantuan tersebut merangkumi urusan konsular seperti memaklumkan keluarga tahanan, mengatur khidmat guaman serta memenuhi keperluan asas tahanan, namun semua tindakan itu hanya dilaksanakan atas permintaan rasmi daripada individu yang ditahan.

Menurut Mohamad, setiap langkah bantuan juga perlu mematuhi peraturan negara berkenaan serta prinsip Konvensyen Vienna 1963 mengenai Hubungan Konsular yang menetapkan tanggungjawab sesebuah negara dalam melindungi rakyatnya di luar negara.

“Bantuan diberi apabila pihak berkuasa negara itu memaklumkan kepada pejabat perwakilan kita bahawa rakyat Malaysia ditahan, kita akan pergi berjumpa dan bertanyakan keperluan mereka.

Bagaimanapun, ada juga kita (pejabat kedutaan) tidak tahu rakyat kita ditahan kerana ada negara yang menghormati hak asasi individu yang tidak mahu memaklumkan kepada kedutaan, sehinggalah mereka meminta untuk maklumkan kepada kita,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH–Kluang) mengenai bantuan pejabat perwakilan Malaysia di luar negara dari segi sokongan kemanusiaan dan hak asasi bagi rakyat Malaysia yang ditahan, serta sama ada kerajaan mempunyai peruntukan kewangan khusus bagi menjamin hak individu terbabit.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan tidak menyediakan peruntukan khas bagi melantik peguam untuk tahanan, sebaliknya tanggungjawab itu diserahkan kepada keluarga individu berkenaan, kecuali di negara yang menyediakan khidmat guaman percuma kepada warganegara asing.

Beliau memaklumkan bahawa setakat 8 November lalu, seramai 837 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan penipuan dalam talian, dengan China mencatat jumlah tertinggi penahanan warganegara, iaitu 545 orang.

Negara lain yang turut merekodkan penahanan rakyat Malaysia termasuk Singapura (162), Jepun (34), Korea Selatan (22), India (20), Indonesia (11) dan Thailand (10), selain sebilangan kecil di beberapa negara lain.

Bagi pecahan mengikut kaum, katanya, seramai 765 orang terdiri daripada kaum Cina, diikuti Melayu (34), India (33) dan lima daripada etnik lain.

Related Posts

Anwar tegaskan kemajuan teknologi perlu berteraskan nilai dan akhlak

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu memastikan kemajuan dalam bidang teknologi dan inovasi bergerak seiring dengan pembinaan insan yang berteraskan iman, ilmu dan akhlak bagi melahirkan masyarakat yang seimbang serta berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan kemajuan teknologi perlu berteraskan nilai dan akhlak

Anwar tegaskan kemajuan teknologi perlu berteraskan nilai dan akhlak

Anwar dijangka lancar jentera PH Johor malam esok, himpun kekuatan PRN Ke-16

Anwar dijangka lancar jentera PH Johor malam esok, himpun kekuatan PRN Ke-16

Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

  • By Siti
  • June 5, 2026
Israel rancang perluas 70 peratus wilayah Gaza, garisan kuning kian menghimpit

8 cedera Vellfire terbabas dekat Bukit Tajau

8 cedera Vellfire terbabas dekat Bukit Tajau

Permohonan Kem But Pra-Pemecut TEGAS (TPAB) 2026 kini dibuka

Permohonan Kem But Pra-Pemecut TEGAS (TPAB) 2026 kini dibuka

Dakwaan Hospital Segamat ditutup pada Julai cetus kebimbangan, Johor tunggu penjelasan rasmi

Dakwaan Hospital Segamat ditutup pada Julai cetus kebimbangan, Johor tunggu penjelasan rasmi