Pembangkang ketandusan modal, hidung patung Tugu Negara pun ditunggang

KETANDUSAN idea dan kelesuan politik pembangkang kini semakin ketara apabila mereka menjadikan rupa bentuk Tugu Negara sebagai isu baharu untuk menyerang Kerajaan MADANI.

Terbaharu, muncul suara daripada pihak pembangkang yang mendakwa patung-patung di Tugu Negara berimej ‘penjajah’ kerana memiliki hidung mancung dan fizikal tinggi.

Lebih lucu lagi, mereka mencadangkan agar wajah patung-patung itu diubah supaya mempunyai hidung ‘kepek macam orang Malaysia.’

Cadangan ini bukan sahaja pelik, tetapi memalukan. Ia mencerminkan betapa cetek dan keringnya pemikiran politik pembangkang yang kononnya mahu menjadi semak dan imbang kepada kerajaan.

Ketika Kerajaan MADANI giat melaksanakan reformasi fiskal, menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh ekonomi rakyat, pembangkang pula memilih untuk mengukur hidung patung dan bukannya menilai dasar atau meneliti keperluan rakyat.

Tugu Negara yang dibina pada 1966 untuk memperingati lebih 11,000 perajurit yang terkorban pada Perang Dunia Pertama dan Kedua itu bukan soal rupa atau bangsa.

Ia simbol perjuangan dan pengorbanan wira-wira tanah air menentang penjajahan demi kemerdekaan.

Mengheret monumen kebangsaan ke dalam polemik politik murahan hanya menonjolkan kejahilan sejarah dan kegagalan moral pihak pembangkang.

Lebih baik mereka menumpukan perhatian kepada isu sebenar di negeri-negeri yang mereka tadbir iaitu masalah air yang berlarutan, pengurusan sampah yang gagal, dan pentadbiran tempatan yang kucar-kacir daripada sibuk menilai ‘hidung penjajah’ di Tugu Negara.

Jika ini tahap perdebatan yang mampu dibawa oleh blok pembangkang, jelas mereka bukan lagi pembangkang yang berfungsi, tetapi sekadar badut politik yang menjerit tanpa isi.

Rakyat tidak perlukan pembangkang yang mengukur hidung tugu tetapi rakyat perlukan pembangkang yang mengukur prestasi dan tanggungjawab diri sendiri.

Bagaimanapun penulis yakin Kerajaan MADANI tidak akan melayan cadangan mengarut itu dan mengesyorkan pihak pembangkang memasukkannya dalam manifesto PN pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

Related Posts

Pendedahan RCI TH bukan modal politik, tegaskan komitmen tatakelola menjelang perbahasan 11 Ogos

Oleh: TJ ISHAK PENDEDAHAN Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 kepada umum ditegaskan sebagai satu langkah berpaksikan ketelusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari kedudukan 36 ke 15, apa erti lonjakan Malaysia dalam Undang-undang Persaingan?

PUTRAJAYA – Apabila International Institute for Management Development (IMD) menerbitkan World Competitiveness Ranking (WCR) 2026, perhatian umum segera tertumpu kepada kejayaan Malaysia melonjak daripada kedudukan ke-23 kepada tangga ke-15 dunia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan