Polis Johor tahan 42 pemandu mabuk

JOHOR BAHRU – Polis menahan 42 pemandu termasuk dua wanita selepas dikesan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk pada operasi khas di seluruh negeri ini yang dijalankan sejak Jumaat lalu hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, Op Mabuk itu dijalankan susulan kesedaran masyarakat mengenai bahayanya pengambilan alkohol ketika memandu masih lagi rendah dan sangat membimbangkan.

“Kesan alkohol tanpa kita sedar menyumbang kepada kemalangan dan kematian. Jangan leka dengan keseronokan sehingga mengabaikan aspek keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam operasi ini seramai 40 pemandu lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 68 ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kumar berkata, pindaan Seksyen 45A(1) APJ 1987 yang dibuat kerajaan dengan tujuan memberi pengajaran dan hukuman yang setimpal kepada pesalah alkohol berkuat kuasa 22 Oktober 2020 itu menunjukkan betapa seriusnya isu berkenaan.

“Selepas beberapa insiden yang tular di media sosial sehingga meragut nyawa yang tidak berdosa kesan daripada memandu dalam pengaruh alkohol, akta ini dipinda kerajaan, bagaimanapun, masih terdapat pemandu yang tegar mengambil alkohol ketika memandu dan seolah-olah tidak gerun dengan hukuman yang dikenakan,” katanya.

Mengulas lanjut Op Mabuk itu, Kumar berkata, sebanyak 625 saman turut dikeluarkan dengan seorang lelaki ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Sebanyak 625 keping saman Pol. 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 1,824 individu serta 1,585 buah kenderaan turut diperiksa.

“Semua 42 individu yang ditahan berusia antara 25 hingga 68 tahun dibawa balik ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada masa sama, Kumar berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor (JSPT) akan terus menjalankan Op Mabuk itu dalam memastikan kesalahan terbabit dapat dibendung secara berterusan melalui pendekatan konsep ‘total enforcement’.

“Tiada kompromi terhadap golongan ini dan hukuman berat serta setimpal menunggu jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor