Tadbir urus FAM perlu direformasi tanpa langgar Statut FIFA

PUTRAJAYA – Keperluan untuk melaksanakan reformasi tadbir urus dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara menyeluruh dan berstruktur tanpa melanggar Statut FIFA yang melarang campur tangan kerajaan secara langsung.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, dua langkah utama perlu dilaksanakan, iaitu Penetapan ‘Standard Tadbir Urus Minimum’ oleh kerajaan terhadap FAM dan Kajian Struktur (Structural Review) oleh panel bebas yang dipantau Pesuruhjaya Sukan (PJS).

“Kerajaan menetapkan ‘Minimum Governance Standards’ yang wajib dipatuhi FAM tanpa mengambil alih atau mengurus FAM, kerajaan menetapkan standard integriti minimum (audit compliance, risk governance, documentation verification) yang menjadi syarat operasi FAM untuk menutup ruang kelemahan sistemik.

“Proses “Structural Review” oleh panel pakar luar yang bebas, dipantau PJS
Panel bebas ini meneliti punca sebenar misrepresentation, mengenalpasti jurang SOP, dan mengesyorkan pembaikan struktur FAM sebagai entiti tanpa campur tangan terus kerajaan ke dalam pentadbiran FAM.

“Kedua-dua langkah ini tidak melanggar Statut FIFA, tetapi tetap memaksa integriti institusi sukan ini dipulihkan dengan cara yang profesional dan efektif,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan,
Isu hukuman dikenakan FIFA dilihat mencerminkan kelemahan serius dalam proses tadbir urus dan verifikasi dokumen di bawah FAM.

Katanya, keputusan FIFA itu telah mendedahkan kelemahan proses verifikasi dan tadbir urus dokumen dalam FAM yang membawa kepada ‘misrepresentation of facts’ berkaitan pemain warisan.

“MCW memandang serius isu hukuman FIFA terhadap Malaysia, yang bukan lagi sekadar isu teknikal bola sepak, tetapi sudah menjadi isu integriti negara.  Justeru, MCW menyokong pendekatan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi ruang kepada siasatan bebas yang telah diumumkan.

“Namun, dalam masa sama menegaskan perlunya reformasi tadbir urus FAM dilakukan melalui mekanisme yang tidak mencetuskan pelanggaran Statut FIFA berkenaan campur tangan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Jais memaklumkan, MCW turut menubuhkan Jawatankuasa Rakyat yang dianggotai 100 penyokong setia Harimau Malaya bagi menyalurkan pandangan serta suara hati penyokong secara teratur, sistematik dan berfakta.

“Ia bukan sekadar emosi media sosial. Suara penyokong adalah suara ‘stakeholder paling besar’ dalam bola sepak Malaysia dan pandangan mereka perlu diberi tempat dalam reformasi struktur ini.

“MCW kekal komited untuk menjadi suara integriti nasional dan bersedia menyumbang kepakaran dalam pembinaan semula kerangka tadbir urus sukan tanah air agar maruah Malaysia kembali dihormati di pentas antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, Siasatan Bebas (IIC) yang ditubuhkan bagi menyiasat kes isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada Isnin.

Pengerusi IIC, Tun Md Raus Sharif berkata, jawatankuasa itu akan berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan siasatan dan menyediakan laporan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam tempoh enam minggu.

Sementara itu, Jawatankuasa Rayuan FIFA pada Isnin mengesahkan menolak rayuan FAM berhubung hukuman yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan bola sepak dunia itu pada September lalu.

Keputusan itu menyaksikan hukuman denda 350,000 Swiss franc (RM1.8 juta) ke atas FAM kekal.

Tujuh pemain terbabit – Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel – turut digantung 12 bulan serta masing-masing didenda 2,000 Swiss franc (RM10,411).

FAM kini mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon keputusan bertulis dan selepas penerimaan keputusan itu, mereka mempunyai 21 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan