Polis tahan penganggur amang seksual kanak-kanak lelaki

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun semalam bagi membantu siasatan kes amang seksual kanak-kanak di daerah ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, suspek yang tidak bekerja itu ditahan di rumahnya pada jam 11.15 pagi.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin, ketika kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu berada di kawasan kedai.

Menurutnya, ketika berada di deretan kedai, mangsa ditahan suspek sebelum dibawa ke kawasan semak dan dipercayai diliwat.

“Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan dan polis juga dalam proses untuk merujuk mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya, lapor Harian Metro.

Yahaya berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mohd Azahari Mukhtar dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan) Pahang Superintenden Maziah Hamzah, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes serangan seksual dan narkotik.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek dibuat hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan