Jangan tuduh kenyataan AGC berkenaan ART bersifat politik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kenyataan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) adalah bersifat politik.

Beliau berkata, AGC mempunyai kedudukan yang penting dalam memberikan input bagi memastikan undang-undang yang ditandatangani tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Anwar menegaskan, ulasan serta pandangan daripada AGC itu diperlukan bagi memastikan tiada peruntukan (dalam perjanjian) bercanggah dengan semangat Perlembagaan.

“Kenyataan dikeluarkan AGC adalah kerana mereka teliti, janganlah kata politik. Apa yang politiknya. Apa salahnya? Kalau kita minta AGC buat kenyataan semata-mata untuk pertahankan kerajaan, itu baharu politik.

“Keputusan yang dibuat dalam Jemaah Menteri kita ubah suai setelah mendapat input dari Peguam Negara dan saya tegaskan dari segi undang-undang dan perjanjian antara negara, AGC (Jabatan Peguam Negara) itu mempunyai kedudukan penting,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaaan Ahli Parlimen PN Kota Bharu, yang mempersoalkan kenyataan media dikeluarkan AGC berhubung ART yang didakwa seperti jawapan politik.

Pada Isnin, AGC memaklumkan Malaysia mempunyai hak untuk menamatkan ART dengan AS pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bertulis.

Jabatan terbabit berkata, penamatan perjanjian itu boleh dilakukan tanpa memerlukan persetujuan AS, berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 7.5 ART, yang bertujuan mempertahankan dan memelihara kedaulatan Malaysia serta melindungi kepentingan negara pada setiap masa.

Katanya, Artikel 7.2 ART memperuntukkan bahawa perjanjian itu hanya akan berkuat kuasa 60 hari selepas kedua-dua pihak bertukar pemberitahuan bertulis yang mengesahkan bahawa tatacara perundangan domestik berkaitan telah selesai dilaksanakan.

AGC menegaskan, pelaksanaan kewajipan dan komitmen di bawah perjanjian ini oleh Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang dan tatacara domestik Malaysia yang terpakai.

Related Posts

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

NILAI – Isu disiplin termasuk kes buli dan penghinaan kaum di sekolah perlu ditangani dengan segera kerana ia mencerminkan kelemahan dalam sistem pendidikan sedia ada. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan